Seribu Tahun
"Seribu Tahun" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi Singapura, Imran Ajmain, dikeluarkan pada 2007 sebagai single keduanya untuk album studio pertamanya, Dengan Secara Kebetulan (2006). Sebuah muzik video telah difilemkan untuk mempromosikan lagu ini, diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar. "Seribu Tahun" juga menduduki tangga teratas di Carta Era dan Hot FM 30, ia menjadi lagu tema drama Kerana Cintaku Saerah di TV3.[1][2]
"Seribu Tahun" | |
---|---|
Single oleh Imran Ajmain | |
daripada album Dengan Secara Kebetulan | |
Dilancarkan | Ogos 2007 |
Format | Muat turun digital, media penstriman |
Genre | Balada |
Panjang | 3:53 |
Syarikat | FIPRO |
Penulis | Imran Ajmain |
"Seribu Tahun" di YouTube | |
sunting · sunting di Wikidata |
Mengimbas semula lagu ini pada 2017, Imran mengakui pernah berasa rimas apabila diminta untuk menyanyikan lagu ini.[3] Beliau mendedahkan dalam temuramah dengan Astro Gempak bahawa beliau pernah berhasrat untuk merakamkan lagu "Seribu Tahun" dalam versi Bahasa Inggeris.[4]
Format dan senarai runut
sunting- "Seribu Tahun" – 3:53
Rujukan
sunting- ^ "'Diam-Diam Ubi Berisi' Imran Ajmain". mStar Online. 3 April 2017. Dicapai pada 28 April 2017.
- ^ Haryati Ismail (17 Februari 2020). "Imran Ajmain selepas Seribu Tahun". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 28 April 2020.
- ^ Kemalia Othman (14 Ogos 2017). "Imran Ajmain Rimas Disuruh Nyanyi 'Seribu Tahun'". mStar Online. Dicapai pada 28 April 2018.
- ^ Zulhilmi Jalil (12 Mac 2020). "Imran Ajmain Nak Rekod Lagu Seribu Tahun Versi Bahasa Inggeris?". Astro Gempak. Dicapai pada 28 April 2020.
Pautan luar
sunting- Lirik lagu "Seribu Tahun" di Liriklagu.net