Jiggy Masin

Mohammad Aizat bin Ahmad Nazri atau lebih dikenali sebagai Jiggy Masin adalah merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau memulakan karier seninya pada 2012 dengan menyertai Raja Lawak musim keenam bersama rakannya ketika itu dengan nama kumpulan GMan. Namun bakat beliau mula dikenali ramai setelah menyertai Maharaja Lawak Mega pada tahun 2017.

Jiggy Masin
Kelahiran
Mohammad Aizat bin Ahmad Nazri

(1989-02-05) 5 Februari 1989 (umur 34)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganElly Arifin (k. 2016; c. 2020)
Nur Dhabitah Sabri (k. 2023)

Kehidupan peribadiSunting

Jiggy Masin menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang pelakon dan pengacara Elly Arifin pada September 2016 setelah hampir 7 tahun menjalin hubungan cinta bersama. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 4 tahun sahaja apabila pada mereka telahpun disahkan bercerai pada Januari 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor. Bagaimanapun mereka berdua bertindak enggan mengulas lebih lanjut akan punca utama sebab penceraian mereka tersebut kepada pihak media. [1] Pada 28 April 2023, Jiggy Masin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga penerjun Negara, Nur Dhabitah Sabri.[2]

FilemografiSunting

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Guard Komando Dollah TV9
2023 My Name is Lola Husin TV3 Pelakon undangan

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Raja Lawak (musim 6) Peserta Astro Prima Bersama kumpulan Gman
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Peserta Astro Warna Bersama kumpulan Masin
2020 Shuk Nak Tanya Artis jemputan Awesome TV Tetamu jemputan episod 5
2021 Mencari Sepahtu Yang Hilang Pengacara Astro Warna Bersama Ramona Zamzam
2022 Getaran Jiwa Pengacara TVS Bersama Sissy Imann

RujukanSunting

  1. ^ Mustazah GP "Elly Arifin dan Jiggy Masin Sudah Bercerai Sejak Januari..." [1] Illuminasi.
  2. ^ "Nur Dhabitah Sabri, Jiggy Masin selamat bernikah". Astro Awani. 30 April 2023. Dicapai pada 1 Mei 2023.