Ijab Kabut ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2022 arahan Faliq Sharif dengan idea asal oleh Nadia Khan dan skrip oleh Nadia, Mamu Vies, Azhar Amirulhisyam, Syarul Akmal, Baizura Kahar dan Qawiem Hamizan. Dibintangi oleh Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Fadlan Hazim, siri ini disiarkan di platform penstriman Viu bermula 13 Oktober sehingga 10 November 2022 dan ditayangkan sebanyak dua episod setiap minggu.[1][2][3]

Ijab Kabut
GenreKomedi, romantik, fantasi
PenciptaNadia Khan
Ditulis oleh
  • Nadia Khan
  • Mamu Vies
  • Azhar Amirulhisyam
  • Syarul Akmal
  • Baizura Kahar
  • Qawiem Hamizan
PengarahFaliq Sharif
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Istimewa Untukmu" oleh Nami
Lagu penutup"Istimewa Untukmu" oleh Nami
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Kingsley Warner (Viu)
  • Steven Lim Tze Siang (Viu)
  • Imillya Roslan (Viu)
PenerbitJoanne Goh
Penyunting
  • Zainal Amirul
  • Zuli Ismail
  • Hayley Maryam
LokasiMalaysia
SinematografiHafiz Rashid
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran25–30 minit
Syarikat penerbitan
Jazzy Pictures
Penyiaran
Saluran asalViu
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Oktober 2022 – 10 November 2022
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Deanna, seorang penerbit muzik bercita-cita tinggi dan kompetitif, mahu merealisasikan majlis perkahwinan yang sempurna – dengan perancang perkahwinan yang sempurna, katering, makanan dan juga band perkahwinan. Situasi terburuk mengejutkan berlaku apabila tunangnya memutuskan pertunangan mereka.

Deanna memutuskan untuk meneruskan perkahwinan sambil mencari sesiapa sahaja sebagai pengantin lelakinya. Maka bermula kisah komedi tentang bagaimana bakal pengantin perempuan ini meneruskan usaha untuk mencari lelaki yang sempurna untuk majlis perkahwinan impiannya, dengan dua calon yang sukarela menjadi suaminya – perancang majlis perkahwinannya, Khai, dan pekerjanya, Mat, yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemuzik.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Ijab Kabut ialah hasil nukilan oleh sekumpulan penulis skrip yang diketuai oleh Mamu Vies yang terkenal dengan drama Love in Lockdown dan Sihir.[2][6]

Ditanya mengenai pemilihan tajuk drama ini, pengarahnya Faliq Sharif berkata: "Cerita ini berkisarkan tentang orang nak kahwin tapi tiada pengantin. Keputusannya membawa kepada benda-benda yang terjadi dan memberi kesan kepada semua orang di sekelilingnya".[7]

Keluaran sunting

Ijab Kabut memulakan siaran di Viu bermula 13 Oktober 2022 dengan 2 episod disiarkan berturut-turut.[8][9][10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Drama Ijab Kabut". My Infotaip. 14 Oktober 2022. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  2. ^ a b Ain Norman (18 Oktober 2022). "Memang kecoh! Drama Viu Original 'Ijab Kabut' angkat kisah kerja kahwin, pengantin pandemik dapat hadiah majlis resepsi RM350,000". mStar Online. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  3. ^ Budiey (14 Oktober 2022). "Drama Siri IJAB KABUT Lakonan Azira Shafinaz, Fadlan Hazim & Iedil Putra". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  4. ^ Anis Nor (13 Oktober 2022). "AZIRA SHAFINAZ Cari Calon Suami, 7 Bulan Lagi Nak IJAB KABUT". Pesona Pengantin. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  5. ^ Norhayati Nordin (17 Oktober 2022). "Fadlan Hazim tak trauma". Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  6. ^ "Viu Original Mempersembahkan Siri Romantik Komedi 'Ijab Kabut'". Sinaran Wanita. 12 Oktober 2022. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  7. ^ Nurin Sakinah (14 Oktober 2022). "Kenapa Ubah Istilah Ijab Kabul Kepada Ijab Kabut? Pengarah Jawab Tentang Pemilihan Tajuk Drama". Murai.my. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  8. ^ Rara (14 Oktober 2022). "Nak Kahwin, Tunang Minta Putus! Misi Mencari Bakal Suami Dalam Ijab Kabut". Keluarga. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  9. ^ "Ijab Kabut reviewed – a middling romantic comedy" (dalam bahasa Inggeris). The Vibes. 16 Oktober 2022. Dicapai pada 23 Oktober 2022.
  10. ^ "'Ijab Kabut' Bakal Menambat Hati Penonton – Hanya Di Viu Original". Raja Cuti Asia. 12 Oktober 2022. Dicapai pada 23 Oktober 2022.

Pautan luar sunting