Shariff Dol
Shariff Dol Bin Asnawi[1] atau lebih dikenali sebagai Shariff Dol (1926-1979) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura pada 1950an dan 1960an, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions Ltd atau MFP.
Shariff Dol | |
---|---|
![]() Shariff Dol pada 1960an. | |
Kelahiran | Shariff Dol bin Asnawi 1926 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 27 April 1979 Hospital Besar Singapura | (umur 52–53)
Sebab kematian | Komplikasi pelbagai jenis penyakit |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman, Singapura |
Warganegara | Singapura |
Nama lain | Shariff Dol |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1951–1971 |
Terkenal kerana | Watak Samseng Kampung Dusun dalam Seniman Bujang Lapok |
Pasangan | Alimah Ahmad |
Anak | 10 |
Shariff Dol - Samseng Kampung Dusun (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada tahun 1961.[2] Shariff Dol atau nama sebenarnya Shariff Dol bin Asnawi adalah generasi zaman emas Shaw Brothers Ltd. di Studio Jalan Ampas, Singapura atau lebih dikenali sebagai Malay Film Productions Ltd iaitu sezaman dengan pelakon handalan yang lain seperti P. Ramlee, S. Roomai Noor, Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Haji Jamil Sulong, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Haji Mahadi, A. R. Tompel, M. Zain, Nordin Ahmad, Yusof Latiff, Osman Gumanti, Ibrahim Pendek, S. Kadarisman, Omar Rojik, Dato' Ahmad Mahmud, Aziz Jaafar, Salleh Kamil, Kemat Hassan, H. M. Busra, dan Omar Suwita.
Shariff Dol telah membintangi lebih dari sepuluh buah filem antara filem yang telah mengangkat nama beliau ialah filem Lela Manja, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Jefri Zain - Gerak Kilat, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Si Tanggang. Kebanyakkan watak yang dibawa oleh beliau adalah berupa antagonis, seperti samseng, penjahat dan seumpamanya.
Meninggal DuniaSunting
Shariff Dol meninggal dunia diusia 53 tahun pada hari Jumaat, 27 April 1979 akibat komplikasi pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura, beliau dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu demam dan cirit-birit. Shariff Dol meninggalkan seorang isteri, Alimah Ahmad dan 10 orang anak, jenazah beliau disemadikan di Pusara Aman, Singapura. [3]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1951 | Shorga Dunia | Filem pertama, pelakon utama | |
1955 | Menyerah | Penampilan khas | |
Abu Hassan Penchuri | Tengku Mahkota Kerajaan Parsi | ||
Penarek Becha | Doktor | ||
Roh Membela | |||
1956 | Semerah Padi | Anak Buah Borek | |
Anak-ku Sazali | Double X / Big Boss | ||
Adekku | |||
1957 | Pancha Delima | Beringin Tunggal | |
Hantu Jerangkung | Salleh | ||
Bujang Lapok | Shariff | Penampilan khas | |
1958 | Kaki Kuda | ||
Hantu Kubor | Salleh | ||
Sumpah Orang Minyak | Syaitan | ||
1959 | Musang Berjanggut | Megat Alang Sengketa | |
Nujum Pa' Belalang | Sultan Negeri Masai | ||
Batu Belah Batu Bertangkup | Daeng Perkasa | Penampilan khas | |
1960 | Megat Terawis | Raden Andika Kandal | |
Lela Manja | Megat Sura | ||
Isi Neraka | Jawi | Penampilan khas | |
Pertarongan | Datuk Gehara | ||
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Orang Kaya | |
Seniman Bujang Lapok | Dirinya sendiri | ||
Si Tanggang | Raja Donan | ||
1962 | Siti Muslihat | Almarhum Raja / Pak Andak | |
Ibu Mertua-ku | Abidin | ||
Singapura Dilanggar Todak | Raja Singapura | ||
Gerhana | Musa | ||
Labu dan Labi | Pengurus Labu | ||
1963 | Pilih Menantu | Kerani | |
Kasih Tanpa Sayang | |||
1966 | Sri Andalas | Datuk Mangkubumi | |
Gerak Kilat | Botak | ||
1968 | Raja Bersiong | Orang Kampung | |
1969 | Keranda Berdarah | Ali | |
1971 | Jahanam | Sultan Sang Murba | Filem terakhir |
RujukanSunting
- ^ "Bujang Lapok gambaran sebenar Jalan Ampas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-13. Dicapai pada 2014-02-22.
- ^ Dunia Buku: Bukan Tak Sudi.
- ^ Seniman Shariff Dol meninggal, Berita Harian, 29 April 1979, Page 8