Kemat Hassan
Kemat Hassan (15 Mei 1929 – 1 September 2004) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu kelahiran Singapura dan sering berlakon dalam filem-filem Melayu klasik pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an dahulu, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions.
Kemat Hassan | |
---|---|
![]() Kemat pada tahun 1950an | |
Kelahiran | Negeri-negeri Selat (kini Singapura) | 15 Mei 1929
Meninggal dunia | 1 September 2004 Singapura | (umur 75)
Sebab kematian | Sakit tua |
Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah |
Tahun aktif | 1955–1989 |
Terkenal kerana | |
Anak-anak | 8 |
Beliau juga merupakan salah seorang pelakon handalan ketika zaman kegemilangan Studio Jalan Ampas. Beliau sangat dikenali melalui wataknya sebagai Manager Kemat Hassan di dalam filem Seniman Bujang Lapok. Pada tahun 1962, beliau turut menjadi pembantu pengarah bagi filem Gerhana. Apabila Studio Jalan Ampas ditutup, beliau bekerja sebagai seorang pemandu. Pada tahun 1989, beliau bersama-sama beberapa bekas seniman Studio Jalan Ampas diambil untuk berlakon di dalam filem Kolej 56 dan pada ketika itu, beliau berumur 60 tahun. Pernah menjadi penulis lirik untuk lagu Suka Sama Suka lagu nyanyian Rafeah Buang dan Omar Suwita.
Kematian Sunting
Beliau meninggal dunia pada 1 September 2004 pada usia 75 tahun akibat sakit tua.[1][2]
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1955 | Kipas Hikmat | Filem pertama | |
Penarek Becha | Mat | ||
1956 | Semerah Padi | Kuncu Borek | |
Anak-ku Sazali | Cikgu Rahman | ||
Keadilan Illahi | Hulubalang Istana | ||
1957 | Hantu Jerangkung | Madun | |
Pancha Delima | Putih Gading | ||
Bujang Lapok | Encik Kemat | ||
1958 | Taufan | Kemat | |
Sarjan Hassan | Rakan Aziz | ||
Matahari | Wang Lee | ||
Anak Pontianak | Kassim | ||
1959 | Samseng | Tuan Inspektor | |
Pendekar Bujang Lapok | Samseng Kemat | ||
Musang Berjanggut | Datuk Laksamana Megat Padang Jarak Padang Terkukur Putra Sangkuriang Prabu Sakti Ratna Gali Chandra Kirana dari keturunan Ayam Belanda | ||
Batu Belah Batu Bertangkup | Pengikut Datuk Hitam Pahlawan | ||
Nujum Pa' Belalang | Datuk Perdana Menteri Negara Beringin Rendang | ||
Puteri Gunong Banang | Terab | ||
1960 | Antara Dua Darjat | Tengku Ismail | |
Megat Terawis | Datuk Paduka Haji | ||
Lela Manja | Pembesar Istana | ||
1961 | Ali Baba Bujang Lapok | Orang Kaya | |
Singapura Dilanggar Todak | Datuk Biduanda bapa Puspa dan Nadim | ||
Mas Merah | Raja Suri Swara | ||
Seniman Bujang Lapok | Menager Kemat Hassan | ||
Panji Semerang | Gusti Prabu Ramada | ||
1962 | Siti Muslihat | ||
Batu Durhaka | Mahaguru Bentara | ||
1965 | Taqdir | ||
1966 | Kacha Permata | Ibrahim | |
1969 | Sopan Santun Makan Bersuap | ||
1989 | Kolej 56 | Ramli | Filem terakhir |
Pembabitan lain dalam filem Sunting
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
1961 | Panji Semerang | Penolong pengarah |
1962 | Gerhana | Penolong pengarah[3] |
Rujukan Sunting
- ^ "Pelakon veteran Kemat Hassan meninggal dunia", Berita Harian, 2 September 2004.
- ^ "Veteran actor Kemat Hassan dies", New Straits Times, 2 September 2004.
- ^ Gerhana (1962), Full Cast & Crew