Jamaliah Arshad ialah seorang pelakon dan penyanyi wanita popular di Malaysia pada era 1980-an. Beliau berlakon dalam beberapa buah filem hebat pada era tersebut antaranya Jejak Bertapak, Bukit Kepong dan Senja Merah.

Kerjaya LakonanSunting

Kerjaya lakonannya mendapat perhatian ramai apabila muncul dalam filem Jejak Bertapak pada tahun 1980. Kemuncak kerjaya nya sebagai pelakon berlaku pada tahun 1982 apabila dua buah filem lakonannya, Senja Merah dan Bukit Kepong berjaya melayakkan Jamaliah bertanding di Festival Filem Malaysia ke-3 untuk masing-masing dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Kerjaya MuzikSunting

Sebelum bergelar aktres, pada tahun 1978 Jamaliah pernah menganggotai kumpulan pop Trio Manja (dianggotai bersama Hamidah Ahmad dan Aida Ahmad). Mereka pernah merakam semula lagu "Hito Koishikute" nyanyian Saori Minami dalam versi Melayu. Diberi judul 'Hari Bahagia'. LP 'Untukmu Sayang' dibawah label EMI Singapore terbitan S. Atan merupakan album kumpulan ini yang paling berjaya. Kumpulan ini pernah tampil dalam album bersama penyanyi popular Halil Chik.

RujukanSunting

Pautan luarSunting