Terbabas

filem 1973 oleh S. Kadarisman

Filem Terbabas merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1973. Filem Terbabas diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Terbabas
PengarahS. Kadarisman
PenulisS. Kadarisman
DibintangiHussein Abu Hassan
S. Kadarisman
Mariati
Noorizan
Ibrahim Sabtu
SinematografiHitam-putih
Muzik olehAhmad Nawab
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1973
Masa tayangan
1 jam 45 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Salah sebuah filem Melayu yang dianggap 'berani' pada tahun 70-an. pernah ditayangkan di TV dan pernah diulas di dalam Majalah Filem.

Pengarah sunting

Filem Terbabas diarah oleh pengarah S. Kadarisman pada 1973.

Ringkasan sunting

Mengisahkan Taufik (Hussein Abu Hassan), abang kepada Murni yang ingin membunuh adiknya kerana mempelajari bidang agama Islam di surau yang diajar oleh Tuan Guru Hidayat (S. Kadarisman). Taufik mempunyai kekasih bernama Haryati (Mariati). Haryati telah berubah dan tidak lagi bermesra dengan Taufik seperti dahulu kala. Bakar (Tamam Idris), abang kepada Haryati menuduh Hidayat punca keretakan hubungan ini. Dia telah menghasut Taufik untuk membunuh Hidayat dengan segera. Ketika Murni dan qariah yang lain sedang mengaji Al-Quran, Taufik dengan hati yang baran telah pergi ke surau untuk membalas dendam. Penduduk lelaki yang lain sentiasa mengawasi pergerakan Taufik agar nyawa Murni tidak diapa-apakan. Tetapi hatinya tidak sampai untuk membunuh adiknya. Sementara itu, Wangi, perempuan simpanan Bakar disahkan mengandung anak diluar nikah, dia mengatakan anak tersebut adalah dari hubungan sulitnya dengan Taufik. Ibu dan bapa Wangi menjadi sangat rungsing dan membawa kes ini menghadap Tuan Guru. Taufik tidak mahu bertanggungjawab keatas anak Wangi kerana dia telah melakukan hubungan sulit dengan ramai pemuda selain dirinya. Keadaan menjadi tegang di kampung tersebut.

Bakar mengarahkan agar Taufik mencabar Hidayat. Taufik menurutkan sahaja arahan ketuanya. Hidayat mendesak kepada Taufik kenapa dirinya di tuduh sebagai petualang. Taufik menuduhnya kerana dia telah memecah belahkan hubungan kumpulannya yang sudah tersasar sejak datangnya ajaran agama Islam di kampung tersebut. Suatu hari, selepas Hidayat bersembahyang di tengah hutan. Taufik telah menahan Hidayat dan diajaknya bertarung satu sama satu. Hidayat yang tempang nampak ketakutan tetapi dia masih berdaya menahan asakan dari Taufik. Tiba-tiba seekor ular tedung telah mematuk kaki Taufik, Hidayat dengan tidak membuang masa terus membantu Taufik. Taufik pada mulanya ketakutan agar dia tidak dibunuh oleh Hidayat memandangkan Hidayat memegang pedang milik Taufik. Taufik terselamat dari bisa patukan ular tersebut. Taufik mulai insaf dan meminta maaf kepada Hidayat. Taufik menceritakan cerita sebenarnya kepada penduduk kampung. Hidayat mengatakan ini adalah dari kehendak dari Allah. Taufik membuat keputusan untuk bertaubat nasuha.

Bakar telah mengetahui cerita Taufik yang dipatuk ular tedung dan telah diselamatkan oleh Hidayat serta dirawat oleh Murni dan Haryati. Mereka telah membuat onar di kampung, banyak rumah penduduk kampung dibakar. Ramai juga nyawa penduduk kampung terkorban. Taufik selaku Penghulu kampung mengetuai rundingan bersama ketua kampung kaum cina dan india bagi menjamin kawalan keselamatan. Bakar dan rakan-rakannya menjadi resah dan gelisah ekoran kawalan keselamatan sungguh ketat. Jika tersilap langkah, nyawa mereka boleh terancam. Keesokkan harinya, Bacong telah diberkas di kampung cina selepas melakukan jenayah rompak dan rogil dan diadili oleh Taufik serta ahli mesyuaratnya, Bacong dijatuhkan hubungan sula sampai mati. Bakar menjadi semakin berang dan dia ingin pergi ke desa untuk mengambil sebahagian hartanya. Bakar berjaya menyelinap masuk ke rumahnya dan mengugut ibunya (Norizan Mohd Noor) agar memberikan semua harta keluarga kepadanya. Ibunya berkeras tidak mengizinkan tetapi adiknya telah memberikan agar nyawa ibunya tidak diapa-apakan. Bakar telah dikepung di luar rumahnya akan tetapi Bakar berjaya menjadikan Haryati sebagai tebusannya. Setelah berunding dengan Hidayat, Bakar diizinkan pulang ke dalam gua semula dengan selamat dengan bersyarat agar nyawa Haryati terselamat.

Agus pula mengambil bahagian untuk membalas dendam terhadap Taufik. Keesokan harinya, Agus dengan Murad telah menculik Murni ketika sedang mencuci pakaian di tepi sungai. Taufik mengesyaki ini adalah dari perbuatan dari bekas rakan-rakannya memandangkan bukti-bukti yang dinyatakan oleh Haryati mengatakan Murni memang dilarikan orang bukan kerana kemalangan. Taufik dan Hidayat berpakat untuk mencari Murni. Mereka kemudiannya berpecah.

Sementara itu, Murni telah dikurung di dalam sebuah pondok di hujung hutan dan dijaga oleh Agus. Agus ingin mengambil kesempatan terhadap Murni sementara menunggu Murad keluar mendapatkan sumber makanan, mujurlah Hidayat kebetulan ada di tempat kejadian. Hidayat dan Agus bergelut sehingga Agus berjaya dibunuhnya. Murni diselamatkan oleh Hidayat. Di pertengahan jalan mereka telah ditahan oleh Murad dan diberkas oleh ahli kumpulannya yang lain. Taufik pula baharu sampai ke dalam gua untuk menyelamatkan Hidayat dan Murni. Manakala Bakar pula ingin membakar tawanannya hidup-hidup mujurlah dengan bantuan dari Allah, hujan mencurah-curah membasahi ke dalam gua. Percikkan api yang kuat membuatkan mereka semuanya terkorban. Hanya Bakar sahaja yang berjaya meloloskan diri keluar dari gua tersebut. Bakar dikepung oleh penduduk kampung tetapi dia sempat mencederakan ibunya dengan sebilah parang sebelum Taufik mengejarnya dan akhirnya Bakar dijerut oleh akar-akar di dalam gua sebelum dia mati dihimpit pintu gua tersebut. Ibunya juga turut terkorban dalam masa yang sama. Ini adalah secebis kekuasaan dari Allah Taala.

Pelakon sunting

Lagu sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting