Tamam Idris atau nama sebenar Bustamam Idris (3 Mei 1939 – 7 Julai 2016) adalah pelakon lelaki Malaysia era 1960-an yang memulakan kerjayanya di Studio Merdeka, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kepada Idris Hashim yang turut bekerja sebagai seorang seniman.

Tamam Idris
Kelahiran
Bustamam Idris

(1939-05-03)3 Mei 1939
Meninggal dunia7 Julai 2016(2016-07-07) (umur 77)
Tempat ditanamAlam Damai, Cheras, Selangor
PekerjaanPelakon
Terkenal keranaLakonan dalam drama Seorang Tua Di Kaki Gunung[1]
Anak-anakDin Tamam
Ibu bapaIdris Hashim (bapa)

Tamam menetap di Hulu Kelang iaitu di Kampung Klang Gate Baru.[2] Tamam pernah berlakon sebagai Pak Malau dalam drama yang diarahkan oleh ayah beliau iaitu Tragedi Sri Mersing, drama enam episod pada 1985.

Tamam Idris meninggal dunia pada 7 Julai 2016 akibat komplikasi pada paru-paru[3] di Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).[1] Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

Rujukan Sunting

  • Majallah Filem, bil. 143 Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
  1. ^ a b "Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru". Berita Harian. 8 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  2. ^ "Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru". Harian Metro. 8 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
  3. ^ "Pelakon Tamam Idris Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru". mSTAR. 8 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.

Pautan luar Sunting