Noorizan Mohd. Noor

Noorizan binti Mohd Noor (1927 – 15 Mei 1992) atau lebih dikenali sebagai Noorizan ialah seorang pelakon filem Melayu. Beliau juga ialah bekas isteri kepada P. Ramlee. Sebelum berkahwin dengan P Ramlee, beliau adalah isteri kepada Sultan Yussuff Izzuddin Shah iaitu Sultan Perak dengan gelaran Yang Teramat Mulia Permaisuri Noorizan.

Noorizan
Kelahiran
Noorizan binti Mohd Noor

1927 (1927)
Meninggal dunia15 Mei 1992(1992-05-15) (umur 64–65)
Sebab kematianPenyakit darah tinggi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1962–1992
PasanganSultan Yussuff Izzuddin Shah (k. 1954; c. 1955)
P. Ramlee (k. 1955; c. 1961)
Abdullah Chik (k. 1962; c. 1963)

Perkahwinan sunting

Kehidupannya sebagai Permaisuri sunting

Setelah beliau berpisah dengan suami pertamanya iaitu seorang pegawai Kastam, Beliau telah disunting oleh Sultan Perak ke-32, DYMM Sultan Yussuff Izzuddin Shah, merangkap nenda kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Sultan Perak ke-35) dan ayahanda kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan perak ke-34) sebagai isteri kedua pada sekitar tahun 1954 ketika berusia 27 tahun. Pada tahun 1955, beliau diberikan gelaran Yang Teramat Mulia Permaisuri oleh suami beliau. Almarhum Sultan Yusuf mangkat pada tahun 1963 di Istana Iskandariah pada usia 72 tahun. Sebentuk cincin biru yang kini masih tersimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Almarhum Sultan Yusuf kepada Noorizan.

Kehadiran P. Ramlee dalam hidupnya sunting

Pada tahun 1955, Seniman P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh membuat persembahan di Perak atas titah Almarhum Tuanku. Namun, Almarhum Tuanku ada berpesan kepada Permaisuri Noorizan supaya jangan memandang kepada mata P. Ramlee. Titah Tuanku, jika terpandang sahaja mata P. Ramlee, seseorang wanita itu boleh jatuh cinta kepadanya. Permaisuri Noorizan telah terkena panahan mata P. Ramlee lalu jatuh cinta kepada Seniman muda itu. Perhubungan cinta antara Permaisuri Noorizan dan P. Ramlee dipisahkan oleh tembok istana. Mereka hanya berhubung melalui telefon. Hubungan ini hanya diketahui oleh Almarhum Tuanku apabila bil telefon istana melambung tinggi. Almarhum Sultan Yusuf telah memutuskan untuk menceraikan Permaisuri Noorizan. Noorizan keluar dari istana Perak sebagai bekas isteri seorang Sultan untuk hidup bersama P. Ramlee. Pasangan ini berkahwin pada 6 Februari 1955. Ketika itu P Ramlee berusia 26 tahun manakala Noorizan berusia 28 tahun. Mereka berpindah di sebuah rumah kepunyaan Shaw Brothers di Yarrow Garden berdekatan dengan Jalan Singlap, Singapura. P. Ramlee telah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Noorizan sewaktu mereka masih bersama. Lagu "Tidurlah Wahai Permaisuri" merupakan hadiah buat Seniwati Noorizan. Pada tahun 1956, Seniman P. Ramlee telah mengubah sebuah lagu yang liriknya ditulis oleh Pengarah Jamil Sulong berjudul "Berkorban Apa Saja" yang dituju khas untuk beliau kerana sanggup meninggal istana dan segala kemewahan demi sebuah percintaan.

Perpisahan Beliau dengan P. Ramlee sunting

Rumahtangga mereka berdua bahagia pada awal perkahwinan. Beliau menjadi isteri yang setia kepada seorang seniman terkenal itu. Namun, ikatan yang penuh warna-warni kehidupan berumahtangga tanpa dikurniai sebarang zuriat, kecuali seorang anak tirinya Nasir P. Ramlee tersebut maka berakhir juga dengan sebuah perpisahan dengan talak satu pada 16 Oktober 1961, setelah menandatangani surat cerai di hadapan tok kadi di Alexandra Road, Singapura bersaksikan Komposer Yusoff B, Othman Ahmad dan 2 orang lagi ahli muzik dari Shaw Brothers setelah 6 tahun hidup bersama. Walaupun mahligai yang dibina berakhir dengan perpisahan yang tidak diingini, Namun beliau dengan bekas suaminya tetap menjalinkan hubungan balik dan saling hormat-menghormati. Beliau pulang ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menginapi sebuah hotel di ibukota untuk memulakan kehidupan baru. Pada tahun 1972, P. Ramlee mengembalikan semula gelaran Permaisuri kepada beliau melalui filem terakhir arahannya Laksamana Do Re Mi dengan berperanan sebagai Permaisuri Kerajaan Pasir Dua Butir.

Kehidupan setelah berpisah dengan P. Ramlee sunting

Pada 26 Januari 1962, Beliau mendirikan rumahtangga pula buat kali yang keempat dengan Seniman Abdullah Chik yang merupakan seorang pelakon dari Merdeka Studio. Namun rumahtangga yang dibina, runtuh juga dengan talak satu pada 29 Mei 1963. Pada penghujung tahun 1964, beliau mengakhiri zaman jandanya dengan mengahwini seorang jejaka yang jarak umur lebih muda 8 tahun dari beliau iaitu Borhan Bin Yahya yang bertugas sebagai seorang kerani dalam syarikat Thomas Cowan, Kuala Lumpur.

Penglibatan dan Kerjaya Seni sunting

Beliau mula diperkenalkan dalam dunia perfileman melayu melalui filem pertama lakonannya sebagai watak pembantu dalam filem bertajuk Siti Payong (1962) dibawah arahan Seniman Salleh Ghani, terbitan Merdeka Film Productions dan filem seterusnya bertajuk Pontianak Kembali (1963) dibawah arahan Pengarah Ramon A. Estella, terbitan Maria Menado Productions dan Cathay-Keris Film Productions sebelum menyepi dalam beberapa tahun. Wanita tegas berparas jelita, berkarisma, elegan, berkelas bersesuaian dengan imej sebagai seorang permaisuri ini. Pada tahun 1968, Setelah menyepi seketika dalam bidang lakonan kerana tiada tawaran, beliau muncul kembali dengan membintangi sebuah drama TV berjudul "12 Dayong Petani" yang diterbitkan oleh RTM.

Demi memenuhi cita-cita beliau untuk menjadi seorang pelakon yang mula sebati dalam dirinya. Tanpa memikirkan soal bayaran, beliau muncul sebagai watak pembantu dalam beberapa buah drama terbitan RTM antaranya berjudul "Bulan Di Liput Awan" (1969), "Hari Kemerdekaan" (1969) dan sebagainya sebelum mula mengikat kontrak dengan Merdeka Film Productions. Walaupun hanya sekadar diberi peranan pembantu dalam filem-filem lakonannya seperti watak isteri atau ibu cukup membuatkan beliau antara pelakon pembantu yang kerap menjadi pilihan pengarah-pengarah di Merdeka Film Productions untuk memainkan peranan dalam filem arahannya.

Sungguhpun telah membintangi puluhan buah filem, Beliau pernah dihina kerana tidak pandai membawa watak dan peranan dengan baik dan ada yang menuduh beliau tidak berupaya menghafal skrip lakonan malah beliau juga pernah dikeji sebagai bintang filem murahan kerana mendapat bayaran paling rendah. Namun begitu, beliau tetap cekal menghadapi segala tomahan buruk yang dilemparkan dan tetap bersemangat untuk terus berusaha memperbaiki mutu lakonannya.

Beliau tetap berpegang teguh dengan kata-kata nasihat dari bekas suaminya P. Ramlee sebagai panduan hidup dalam dunia lakonan. "Kalau hendak menjadi pelakon yang baik, dan benar-benar berjaya, jangan disoalkan sangat tentang bayarannya".

Berkat usaha dan kegigihan beliau tersebut, telah dibuktikan hasilnya dengan memenangi Piala Perdana Cipta sebagai "Pelakon Pembantu Wanita Terbaik" dalam Pesta Filem Malaysia ketiga (FFM-3) pada tahun 1982 menerusi filem berjudul "Esok Untuk Siapa" dibawah arahan Seniman Jins Shamsuddin.

Beliau yang mendiami rumah flat satu bilik di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Selepas kejayaan dengan anugerah yang dimenangi. Beliau turut membintangi filem antaranya "Darah Satria" (1983), "Minah Manja" (1984), "Gila-Gila Remaja" (1986), "Adik" (1990) dan "Bayangan Maut" (1991).

Kematian sunting

Beliau dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada pagi Jumaat (15 Mei 1992) akibat penyakit darah tinggi yang dihadapinya. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8.00 malam hari yang sama ketika berusia 65 tahun. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang berhampiran dengan pusara bekas suaminya P. Ramlee.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1962 Siti Payong Filem pertama
1963 Pontianak Kembali
1969 Tunggal
Bukan Salah Ibu Mengandong Ibu Ani
1971 Asmara Kirana
Pedang Sakti Timor
Putus Sudah Kaseh Sayang Ibu Misnah
1972 Darah Panglima
Belang Pertanda
Dang Lenggang
Laksamana Do Re Mi Permaisuri Kerajaan Pasir Berdengung
1973 Bunga Mas
Terbabas Ibu Bakar
Kelana
Satu Penentuan Ibu Murad
1974 Mastura
Jastina
1975 Permintaan Terakhir Nenek
Loceng Maut Ibu Andika, Ayuni dan Buyong
Boneka Permata
1976 Cinta dan Lagu Mak Leha
Sayang Anakku Sayang Ibu Angkat Rahmat
1981 Langit Tidak Selalu Cerah Makcik Tuan Tanah
1982 Ribut Di Hujung Senja
Raja Laut Ibu Zainab
Anak Sulung Tujuh Keturunan
Esok Untuk Siapa Ibu Jiman
1983 Darah Satria Ibu Ariff
1984 Minah Manja Ibu Noriah
1986 Gila-Gila Remaja Ibu Farouk
1989 Cempaka Biru
1990 Adik Ibu Azman
1991 Bayangan Maut Ibu Inspektor Farah dan Ella Filem terakhir

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1968 12 Dayong Petani TV1
1969 Bulan di Liput Awan
Hari Kemerdekaan
1970 Bila Jernih Air di Ulu

Anugerah dan penghargaan sunting

Festival Filem Malaysia sunting

Tahun Kategori Karya Hasil
1982 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Esok Untuk Siapa? Menang

Rujukan sunting

Pautan luar sunting