Minah Manja

Filem Minah Manja merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1984. Filem Minah Manja diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Minah Manja
PengarahZ. Lokman
PenulisLakon layar:
Dibintangi olehMaideen, R. Jaafar, Dayangku Intan
Mula ditayangkan
1984
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Minah Manja mula ditayangkan pada 1984 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Maidin, R. Jaafar, Dayang Ku Intan dan ramai lagi.

PengarahSunting

Filem Minah Manja diarah oleh pengarah Z. Lokman pada 1984.

RingkasanSunting

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di dalam sebuah kampung.

Mamak Kutty mahu memperisterikan Minah, anak perempuan kepada seorang guru silat, Ujang Singkap. Ternyata Mamak Kutty mempunyai seorang lagi isteri di India. Akan timbul satu pertelingkahan diantara kedua-dua isteri Mamak Kutty apabila mereka bertemu.

Saadun dan Senah, sepasang suami isteri yang mempunyai ramai anak-anak. Mereka selalu bertengkar, berlari berkejaran satu kampung dan Saadun yang akan tercedera akibat pertengkaran itu. Walaupun dalam berkeadaan tersebut, mereka akan tetap berperang mulut di rumah.

Fahmi, suami kepada Noriah, seorang usahawan yang bekerja di bandar. Fahmi hidup mewah dan berlagak seperti orang ‘putih’. Tanpa pengetahuan orang, Fahmi adalah seorang penipu. Melihatkan tentang sikap orang-orang kampung yang agak kolot, maka Fahmi mengambil kesempatan ini untuk mengaup keuntungan dengan menipu Mamak Kutty, Saadun dan yang lain-lain lagi.

Wahab, seorang lelaki yang kurang siuman dan dikasihani oleh orang-orang kampung. Dia memiliki sebatang buluh yang menjadi barang kesayangannya. Dalam buluh tersebut tersimpan barang-barang kemas pusaka milik keluarganya. Fahmi mendapat tahu tentang buluh tersebut lalu merancang untuk menipu dan mencuri dari Wahab.

PelakonSunting

  • Maidin sebagai Mamak Kutty
  • R. Jaafar sebagai Saadun
  • A. K. Jalaini sebagai Ujang Singkap
  • Dayang Ku Intan sebagai Minah
  • Tantiana sebagai Noriah
  • Rose Iskandar sebagai Senah
  • Kay Johari sebagai Fahmi
  • Ahmad Marbawi sebagai Bapa Noriah
  • Norizan Nor sebagai Ibu Noriah
  • Zahari Zabidi sebagai Tok Penghulu
  • Farol sebagai Wahab
  • Roy Rokiah
  • Rozzie Sani
  • Ramli SS
  • M. Toomin
  • Jamai Selamat
  • Koming
  • Ali Ringgo

LaguSunting

PencapaianSunting

Lihat jugaSunting


Pautan luarSunting