Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang
tanah perkuburan
Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Jawi: تانه ڤرقبورن اسلام جالن امڤاڠ) ialah tanah perkuburan di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Jalan Ampang berhampiran Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Perkuburan itu diasaskan pada tahun 1819.[1]
![]() Tanah Perkuburan dengan Pintasan Saloma di latar belakang | |
Butiran | |
---|---|
Ditubuhkan | 1819 |
Lokasi | |
Negara | ![]() |
Jenis | Tanah Perkuburan Islam Awam |
Milik | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) |
Pengebumian terkenalSunting
- Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee – pelakon, pengarah, penyanyi, dan penulis lagu. (meninggal dunia: tahun 1973)
- Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) – Tokoh Bahasa, Pemikir dan Cendekiawan Melayu terulung (meninggal dunia: tahun 1973)
- Tun Mohamed Salleh Ismael – Ketua Polis Negara kedua (meninggal dunia: tahun 1973)
- Puan Sri Datin Amar Salmah Ismail (Saloma) – Pelakon dan penyanyi filem Malaysia yang berasal dari Singapura dan juga isteri Tan Sri P. Ramlee. (meninggal dunia: tahun 1983)
- Tan Sri Abdul Rahman Hashim – Ketua Polis Negara (meninggal dunia pada tahun 1974, dalam pembunuhan yang dilakukan oleh subversif komunis semasa Kebangkitan Semula Pengganas Komunis (1968-1989))
- Tun Abdul Malek Yusuf – Yang di-Pertua Negeri Melaka kedua (1959–1971) (meninggal dunia: tahun 1977)
- Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin – Ketua Setiausaha Negara keempat (1970–1976) (meninggal dunia: tahun 1978)
- Tan Sri Yaacob Abdul Latiff – Datuk Bandar Kuala Lumpur kedua (1973–1983) (meninggal dunia: tahun 1985)
- Datin Rosnah Jasni (Roseyatimah) – Pelakon filem Melayu era 1960-an dan isteri kepada Dato' Mustapha Maarof. (meninggal dunia: tahun 1987)
- Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais – Ketua Setiausaha Negara kedua (1964–1967) (meninggal dunia: tahun 1994)
- Tun Ismail Mohamed Ali – Gabenor kedua Bank Negara Malaysia (meninggal dunia: tahun 1998)
- Tan Sri Ahmad Razali Mohamed Ali – Menteri Besar Selangor ke-10 (meninggal dunia: tahun 2001)
- Dato' Seri Harun Idris – Menteri Besar Selangor ke-8 (meninggal dunia: tahun 2003)
- Nasir P. Ramlee – Anak lelaki Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (meninggal dunia: tahun 2008)
- Tan Sri Ainuddin Wahid – Tokoh Pendidikan dan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (meninggal dunia: tahun 2013)
- Tan Sri Dr. Salma Ismail – Doktor wanita Melayu pertama (meninggal dunia: tahun 2014)
- Dato' Mustapha Maarof – Pelakon veteran filem Melayu (meninggal dunia: tahun 2014)
- Mariani Ismail – Pelakon veteran filem Melayu dan juga kakak Biduanita Negara Puan Sri Salmah Ismail (Saloma) (meninggal dunia: tahun 2015)
- Tan Sri S.M. Salim – Biduan Negara dan Penyanyi legenda lagu Melayu asli (meninggal dunia: tahun 2016)
- Tan Sri Elyas Omar – Datuk Bandar Kuala Lumpur ketiga (1983–1992) (meninggal dunia: tahun 2018)
RujukanSunting
- ^ "Muslim Cemeteries of the World". The Star. The Star. Dicapai pada 22 October 2019.
Rencana berkaitan geografi dan tempat di Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |