Mariam Ismail
Siti Mariam Ismail (20 April 1933 – 1 Disember 2015) atau lebih popular dengan nama Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau ialah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.
Mariani | |
---|---|
![]() Mariani Ismail ketika zaman mudanya, pada tahun 1960-an | |
Kelahiran | Siti Mariam Binti Ismail 20 April 1933 Tanjung Pagar, Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 1 Disember 2015 Sentul, Kuala Lumpur | (umur 82)
Sebab kematian | Kanser usus |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia |
Warganegara | Singapura |
Nama lain | Mariani |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1951–2015 |
Pasangan |
|
Anak | Melissa Saila dan 12 lagi orang anak |
Ibu bapa |
|
Saudara |
Penglibatan dan Kerjaya SeniSunting
Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.[1] Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut . Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Selepas itu,beliau pernah ditawarkan berlakon oleh pemilik Studio Jalan Ampas iaitu Tan Sri Run Run Shaw namun beliau menolaknya kerana cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Selepas dua tahun, itu pun selepas dipujuk oleh Saloma, barulah beliau bersetuju untuk berlakon. Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chemburu arahan S. Ramanathan pada tahun 1952. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti filem Masam-Masam Manis dan Putus Sudah Kasih Sayang.
Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda yang merupakan satu-satunya lagu nyanyian beliau telah ditampilkan dalam filem Darah Muda iaitu filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwati Sarimah pada tahun 1963.
Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau adalah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005. Juga drama 16 episod, Nur Qalesya.[2]. Beliau kini memiliki syarikat produksi sendiri bersama suami, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd sejak 2007.
Beliau meninggal pada 1 Disember 2015. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang.[3]
PerkahwinanSunting
Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali.[4] Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad @ Syed Hamid Al-Segaf, Mariani mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain dan Syed Nazran serta Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Mohammad Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Sharoneirza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melisa Alias @ Melissa Saila.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1953 | Chemburu | Mariana | Filem pertama |
Raja Sehari | |||
Istana Impian | Zaiton | ||
Putus Harapan | Kasma | ||
1954 | Iman | ||
Perjodohan | Salmah | ||
Merana | Rosni | ||
1955 | Empat Isteri | Ramulah | |
1956 | Hang Tuah | Dang Rani | |
1957 | Mogok | ||
Kembali Seorang | |||
1958 | Taufan | Salmah | |
1959 | Saudagar Minyak Urat | ||
1961 | Sultan Mahmud Mangkat Dijulang | Gundik Istana | |
Sri Mersing | Siantan | ||
1962 | Labu dan Labi | Manisah | |
Siti Muslihat | Dayang | ||
1963 | Korban | ||
Darah Muda | |||
Bunga Tanjung | |||
Darahku | |||
Nasib Si Labu Labi | Manisah | ||
1964 | Tiga Abdul | Hamidah | |
Dupa Cendana | Chendana | ||
1965 | Masam-Masam Manis | Rosnah | |
1966 | Kacha Permata | ||
1968 | Ahmad Albab | Safura | |
1971 | Putus Sudah Kasih Sayang | Rosmah | |
1974 | Setulus Hatimu | ||
1981 | Setinggan | ||
Perjanjian Syaitan | |||
1983 | Dendam Dari Pusara | ||
1987 | Sayang | ||
Bayangan Cinta | Filem usahasama Malaysia - Indonesia | ||
1988 | Perempuan | ||
1989 | Oh Fatimah | Mak Jah | |
Kolej 56 | |||
1992 | O.C.J. Operasi Cegah Jenayah | ||
1997 | Layar Lara | Dirinya sendiri | Penampilan khas |
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Mak Mah | |
2009 | Santau | Nenek Jelmaan | |
2010 | Mantra | Bidan | |
2011 | Khurafat: Perjanjian Syaitan | Nenek | |
Momok Jangan Panggil Aku | Chu Lamah/Saka | ||
2012 | Jidin Sengal | ||
2013 | Kisah Paling Gangster | Tok Wan | |
Malam....Penuh Bermisteri | |||
2014 | Cara Mengundang Hantu | Filem terakhir |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1980 | Drama Minggu Ini: Penari | TV1 | ||
1981 | Drama Minggu Ini: Tok Awang | |||
1983 | Drama Minggu Ini: Hilang | Mak Cik Leha | ||
2009 | Nenek Kebaya | Nenek Putih | TV3 | |
2011 | Terowong | Mak | TV3 | Episod: "Kain Kapan" |
Tentang Dhia | Ku Mariam | Penampilan istimewa | ||
Serapah Darah Bulan Madu | Nyai Kinah | Astro Prima | ||
2013 | Tanah Kubur (Musim 9) | Maklong | Astro Oasis | Episod: "Air Kaki Ibu" |
2015 | Kampung Semarah Padi | TV1 | Drama terakhir. |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Aisah Lima Puluh Sen | Astro Ria | |
2004 | Quran Buruk | Mak Esah | |
2005 | Syurga Di Mana | TV3 | |
2009 | Namaku Bukan Setsuko | Tijah | TV1 |
2013 | Cinta Laila Majnun | Nenek Khalid | Astro Oasis |
Nur Hikmah | Opah | ||
2016 | Dari Kerana Mata | HyppTV |
Anugerah dan pencalonanSunting
Festival Filem Malaysia (FFM)
Tahun | Filem | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1971/1972 | Putus Sudah Kaseh Sayang | Aktres Terbaik | Menang |
1957 | Taufan | Aktres Pembantu Terbaik | |
1957 | Kembali Sa-orang | Aktres Pembantu Wanita |
• (pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) - "Dendam Dari Pusara" Festival Filem Malaysia ke-4 1984 .
• (pencalonan) Aktres Pembantu Terbaik "Masam Masam Manis"- Festival Filem Malaysia 1965.
RujukanSunting
- ^ Belasungkawa: Seniwati Mariani @ Siti Mariam Ismail (1933-2015)
- ^ Keluarga besar Mariani, OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN
- ^ "Seniwati Mariani Meninggal Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-06. Dicapai pada 2015-12-01.
- ^ "Transkrip temubual bersama dengan Puan Mariam @ Marianni binti Ismail" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-01-13.