Dahaga (filem)
Filem Dahaga merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Dahaga diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Dahaga | |
---|---|
Pengarah | Omar Rojik |
Dibintangi | Aziz Jaafar Sarimah |
Muzik oleh | Yusof B Kassim Masdor |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1966 |
Masa tayangan | 95 Minit |
Negara | Malaysia Singapura |
Bahasa | Melayu |
Pengarah
suntingFilem Dahaga diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1966.
Ringkasan
suntingKamal dan Safiah hidup bahagia sebagai suami isteri. Namun begitu Safiah meninggal dunia ketika melahirkan anak perempuannya Noraini. Kamal membesarkan Noraini seorang diri dan dibantu oleh Bidin dan Buntat. Noraini sering di ejek oleh Atan anak jirannya kerana tidak mempunyai ibu. Noraini sering bertanya kepada ayahnya di manakah ibunya berada kerana Noraini sangat merindui ibunya.
Pada suatu malam, Noraini yang bersedih telah pergi menziarah kubur arwah ibunya. Di situ Noraini telah berjumpa dengan Anum dan menganggap Anum sebagai ibunya. Anum meminta Noraini pulang ke rumah kerana sudah lewat malam tetapi Noraini menolak. Oleh itu, Anum terpaksa membawa Noraini pulang ke rumahnya. Anum tinggal bersama ayahnya yang buta dan adiknya Mariam.
Kamal, Bidin dan Buntat mencari Noraini setelah menyedari kehilangannya. Di kawasan perkuburan itu mereka bertemu dengan Anum. Alangkah terkejutnya mereka kerana wajah Anum seiras dengan wajah Safiah. Anum membawa mereka berjumpa Noraini di rumahnya.
Pelakon
sunting- Aziz Jaafar sebagai Kamal
- Sarimah sebagai Safiah / Anum
- Normah Zainal sebagai Mariam
- Zaiton sebagai Noraini
- S. Shamsuddin sebagai Bidin
- Aini Jasmin sebagai Buntat
- Malek Sutan Muda sebagai Ayah Anum & Mariam
- Shariff Dol sebagai Abas
- Kuswadinata sebagai Tony
- Ibrahim Hassan sebagai Daud
Lagu
sunting- Aziz Jaafar - Senyumanmu