Buka menu utama

Raja Azmi Raja Ambiah

(Dilencongkan dari R. Azmi)

Raja Azmi Raja Ambiah (1923-1974) atau lebih dikenali sebagai R. Azmi merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an, 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1923 di Kuala Kangsar, Perak.

R. Azmi
R Azmi.gif
KelahiranRaja Azmi Raja Ambiah
1923
Malaysia Kuala Kangsar, Malaysia
Meninggal dunia28 Febuari 1974
Klang
WarganegaraMalaysia
Pekerjaanpenyanyi
MajikanMFP Studio, Jalan Ampas
Terkenal keranapenyanyi Melayu era 50-an, 60-an dan 70-an


Beliau dikatakan disisihkan oleh kerabat istana Perak kerana memilih untuk membabitkan diri dalam bidang seni. Lebih kerakyatan, dan berdarah seni. R digunakan untuk mendekati golongan rakyat pada zaman dulu yang begitu mengagungkan Raja dan takut ketulahan.

Selepas disisihkan, beliau membawa diri ke Singapura dan diterima bekerja di MFP Studio, Jalan Ampas sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu.

Beliau merupakan artis seangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee, Tan Sri S.M. Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Beliau pernah berlakon di dalam filem bertajuk Bapa Saya dan merupakan penyanyi latar bagi filem-filem keluaran Malay Film Productions Ltd. Selain itu, beliau pernah bergandingan berlakon dan menyanyi bersama P. Ramlee dalam filem Anjoran Nasib. Beliau juga pandai menyanyi dan menggubah lagu.

Mulai awal tahun 1960-an, namanya mula tenggelam. R. Azmi terpaksa menyara kehidupannya menyanyi di funfair, itupun sambutannya tidaklah seberapa. Jika kalian mendengar lagunya iaitu Nasib Penyanyi, ia menggambarkan kehidupan sebenar beliau.

R. Azmi meninggal dunia pada 28 Febuari 1974 akibat penyakit asma pada usia 51 tahun di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor. Kehidupan beliau sekitar 70-an sangatlah daif sehingga tiada tempat tinggal. Beliau dijaga oleh seorang guru besar sehingga menghembuskan nafas terakhir. Terdapat satu filem yang mengenang jasa R. Azmi iaitu di dalam filem Jimi Asmara. Filem Jimi Asmara lakonan Allahyarham Hani Mohsin Hanafi juga melengkapkan gambaran tentang kehidupan R. Azmi. Hidupnya di saat akhir amatlah melarat kerana tiada anak isteri atau saudara mara di sisinya. Tambahan pula, pembabitannya di bidang seni tidak memungkinkan beliau mengumpul harta di hari tua, hinggakan beliau terpaksa menumpang teduh di rumah orang hanya untuk menemui ajal.[1]

FilemografiSunting

Lagu-laguSunting

  • Bercerai Kasih
  • Cahaya Bulan Di Air Tenang
  • Dari Kerana Mata
  • Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda)
  • Dunia Sekarang
  • Hore Hore Samba
  • Hati Rindu
  • Hatiku Kecewa
  • Helo Helo Sayang
  • Ingin Ku Berjumpa
  • Kalau Ke Singapura
  • Kerana Mata
  • Kalau Sudah Tergoda
  • Malam Bahagia
  • Mata Keranjang
  • Memikat Hati
  • Nasib Penyanyi
  • Pak Hitam
  • Renungan Di Senjakala
  • Rindu Kalbu
  • Siputih Kuning
  • Si Cantik Manis
  • Senyuman Yang Manis
  • Terimalah Salamku
  • Air mata Kasih
  • Puncak Bahagia (duet dengan Lena)(1953)
  • Tasek Madu (duet dengan Lena)(1950)
  • Penghidupan Baru (duet dengan Rubiah)(1951)

Pautan luarSunting