Hashimah Yon

Pelakon dan penyanyi veteran Singapura

Hashimah binti Mohd Leon atau lebih dikenali sebagai Hashimah Yon (lahir 10 September 1940) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Melayu era 60-an/70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Singapura.[1] Beliau ialah anak kepada seniwati Habsah Buang.[2] Beliau ialah pelakon Melayu yang terkenal pada tahun 50-an dan 60-an. Antara filem lakonannya ialah Pancha Delima, Anak-ku Sazali dan Nujum Pak Belalang.

Seniwati

Hashimah Yon
Hashimah Yon bersama (P. Ramlee) dalam filem Nujum Pak Belalang.
Kelahiran
Hashimah binti Mohd Leon

(1940-09-10) 10 September 1940 (umur 83)
Lorong Engku Aman, Daerah Geylang Serai, Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1951–1997
PasanganMusa Hussain (k. 1963; c. 1964)
IbuHabsah Buang
BapaMohd Leon

Kehidupan peribadi sunting

Seniwati Hashimah mempunyai enam orang adik-beradik dan beliau ialah anak yang kelima. Ibunya, Habsah Buang juga seorang seniwati. Beliau dan ibunya sama-sama berlakon dalam filem Nujum Pak Belalang dan ibunya memegang peranan sebagai ketua inang. Bapanya Mohd Leon meninggal dunia sejak beliau kecil akibat kanser.

Sekitar tahun 1998, beliau pernah tinggal di Blok 12 Kempas Road, Singapura dan berjiran dengan Siput Sarawak yang tinggal di Blok 9 sehingga hari kematiannya. Selepas itu, Hashimah Yon berpindah sekali lagi kerana Estate Kempas Road akan dirobohkan dalam lewat tahun 2000.

Diskografi sunting

Lagu-lagu sunting

Lagu-lagu ini telah dinyanyikan oleh Seniwati Hashimah Yon dengan menggunakan suaranya sendiri dalam filem-filem berikut bersama-sama rakan duetnya:

Di samping ini, terdapat lagu-lagu lain lagi yang dinyanyikannya dalam filem lakonannya.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Manusia Filem pertama
1953 Ayer Mata Hasnah (kecil)
1955 Penarek Becha Ketua Penari Inang Baru
Insan Pelakon tambahan
1956 Hang Tuah Penari Jawa Pelakon tambahan
Anak-ku Sazali Rokiah
1957 Kaseh Sayang Sukartini
Pancha Delima Teratai
Hantu Jerangkung Ramlah
1958 Gergasi Mutiara
Hantu Kubor Ramlah
1959 Anak Pontianak Manis
Puteri Gunong Banang Intan Baiduri
Nujum Pak Belalang Puteri Si Bujur Sirih
1960 Sumpah Wanita Yang Mulia Tuan Puteri Ratnasari
Megat Terawis Kamsiah
1961 Sri Tanjung Tanjung
Singapura Dilanggar Todak Puspa Datuk Biduanda
Seniman Bujang Lapok Hashimah Penampilan khas
1963 Kasih Tanpa Sayang Cikgu Salmah
Budi dan Dosa Aminah
1989 Kolej 56 Ibu Rosman Pelakon undangan
1994 Black Widow - Wajah Ayu Aton
1997 Layar Lara Dirinya sendiri Filem terakhir, penampilan khas

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Teratak Kasih Mahanis Penghuni Teratak Mahanis TV1

Kontroversi sunting

Hashimah Yon Dipecat oleh Shaw Brothers Sebab Berkahwin sunting

Julai 1964, Mungkin kerana tidak mahu pelakon-pelakon di bawah naungan nya dilanda publisiti negatif, pihak Shaw Brothers telah memecat Seniwati Hashimah Yon dari Malay Film Productions. Ini berikutan dengan berita bahawa Hashimah Yon telah berkahwin dengan bekas abang iparnya Kaswan Yusak. Ketika itu, Hashimah berusia 22 tahun dan Kaswan 31 tahun. Tambah pula, 15 orang artis MFP telah menghantar surat kepada majikan supaya kontrak Hashimah ditamatkan.

Hashimah menyatakan ketidakpuasan hati di atas tindakan majikannya itu kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ketika dihubungi wartawan, ujar beliau: Pemberhentian saya ialah disebabkan oleh sakit hati 15 orang artis di situ terhadap perkahwinan saya dengan Kaswan. Tindakan mereka tidak bijaksana kerana perkahwinan saya tidak ada kait mengait dengan Studio. Ia perkata peribadi dan tidak ada tertulis dalam syarat2 kontrak. Dengan pemecatannya itu, filem Budi dan Dosa arahan Jamil Sulong adalah filem terakhir dalam karier Hashimah Yon di Studio Jalan Ampas, dan beliau mengambil keputusan untuk terus bersara dari dunia perfileman.

Bagi Hashimah Yon, ini merupakan perkahwinan nya yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama, Musa Hussain pada Disember 1963. Manakala Kaswan pula, ini adalah perkahwinan nya yang ke 4 selepas bercerai dengan Seniwati Fatimah Osman, Biduanita Saloma dan Seniwati Rahmah Yon (kakak Hashimah).

Namun, setelah 25 tahun menyepi dari dunia lakonan, tiba-tiba pada bulan Disember 1988, Hashimah Yon telah dipelawa oleh Pengarah Ahmad Fauzee untuk berlakon dalam filem Kolej 56. Bersama 7 orang bintang legenda seperti Yusof Latiff, Omar Suwita, Kemat Hassan, Ahmad Sabri, K. Fatimah, S. Shamsuddin dan Mariani, mereka muncul sebagai bintang undangan. Dan 6 tahun kemudiannya, Pengarah U-Wei Hj Saari mengambil Hashimah Yon untuk filem Black Widow - Wajah Ayu dan filem itu merupakan filem terakhir Hashimah Yon.

Anugerah dan pencalonan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://sinemamalaysia.com.my/main/index.php/swf/index.php?mod=artist&p=info&id=3778[pautan mati kekal]
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-01. Dicapai pada 2017-04-01.

Pautan luar sunting