Ahmad Nisfu

Pelakon lagenda Singapura

Ahmad Nisfu atau Ahmad Nesfu (lahir Mohamed bin Nisfu; 1902 – 25 Jun 1972) ialah salah seorang pelakon legenda filem Melayu yang boleh memegang watak sebagai pelawak, bengis dan garang.[2][3] Lakonan Ahmad Nesfu sukar untuk dicari ganti hingga kini. Ahmad Nesfu turut dikenali dengan panggilan 'Pak Besar' kerana memiliki hidung yang besar selain beliau dikenali sebagai 'Tuan Director Ahmad Nisfu' didalam karier sebagai anak seni.[4]

Ahmad Nisfu
Kelahiran
Mohamed bin Nisfu

1902 (1902)
Meninggal dunia25 Jun 1972(1972-06-25) (umur 69–70)
Jalan Kuchai, Kampong Melayu (Jalan Eunos), Singapura
Sebab kematianPenyakit kencing berdarah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari,
Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainAhmad Nisfu, Ahmad Nesfu, Ahmad Nispu
PekerjaanPelakon, penulis, pelawak
Tahun aktif1958–1972
Terkenal keranaDirektor Ahmad Nesfu dalam Seniman Bujang Lapok
PasanganSaadiah binti Musa (isteri pertama)[1]
Cik binti Osman (isteri kedua)
SaudaraEncik Sulong Ali (anak tiri pertama)
Encik Amin (anak tiri kedua)
Encik Saydeh Ali (anak tiri ketiga)
Cik Yam (anak tiri keempat)
Encik Omar (anak tiri kelima)
Encik Osman Mohamed (anak kandung sulung)
Cik Fatimah Mohamed (anak kandung kedua)

Kehidupan awal sunting

Mohamed bin Nisfu yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, dilahirkan di Medan, Indonesia pada 1902 tetapi dibesarkan di Kampung Makam, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.[1]

Isteri pertamanya, Saadiah binti Musa, berasal dari Kedah dan meninggal dunia pada 1939 selepas melahirkan anak kedua. Selepas kematian isteri pertama, beliau berhijrah ke Singapura sebelum merdeka pada tahun 1950-an. Di Singapura, beliau telah menikahi isteri keduanya, Chik binti Osman. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mempunyai lima orang anak tiri serta cucu-cucu tiri.[5]

Kerjaya sunting

Minat beliau dalam bidang lakonan telah berputik sejak kecil apabila beliau yang berpendidikan madrasah telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun 1950-an. Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura dimana beliau kemudian menjadikannya sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga keakhir hayat.

Beliau tidak pernah pulang ke Pulau Pinang selepas berkahwin lagi di Singapura, dan mula terbabit dalam bidang seni sebagai seorang pelakon bangsawan. Sementara diluar lokasi pula, beliau sering dilihat berada di kedai kopi di Geylang Lorong 101 yang dikenali sebagai tempat berkumpul pelakon filem zaman itu. Beliau juga diakui selalu bersolat di Masjid Aminah, Masjid Kassim atau Masjid Onan Road dan menjadi bilal tetap di Masjid Onan Road berhampiran syarikat produksi.[1] Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas.

Antara lakonan beliau yang paling diingati oleh peminat filem lama melayu ialah ketika beliau berlakon didalam filem Seniman Bujang Lapok, dimana beliau memegang watak peranan sebagai Tuan Director yang diarahkan oleh P. Ramlee. Sehingga kini watak lucu beliau sebagai 'Tuan Director' didalam filem tersebut ia telah menjadi ingatan serta igauan dari turun ketemurun peminat - peminat filem lama melayu. Sehingga kini juga tiada mana - mana pelawak pun yang berjaya meniru aksi lucunya sebagai 'Tuan Director' dari sedutan filem tersebutnya itu. Ahmad Nisfu ialah salah seorang seniman yang dikagumi oleh P. Ramlee dan mereka telah berkenalan sejak di Pulau Pinang lagi. Beliau yang hanya tahu menulis dan membaca dalam tulisan Jawi banyak menyumbang idea kepada P. Ramlee. Misalnya, filem Ibu Mertua-ku, yang diterbitkan pada 1962, dimana skripnya ditulis oleh beliau sendiri, manakala jalan cerita dan bahasanya oleh P. Ramlee.[1]

Kematian sunting

Ahmad Nisfu kembali ke rahmatullah pada jam 10 pagi 25 Jun 1972[1] dirumahnya yang terletak dikawasan Jalan Kuchai, Kampong Melayu, Singapura pada usia 70 tahun akibat penyakit kencing berdarah. Anggota keluarga serta ramai seniman dan seniwati telah melawat jenazahnya yang disolatkan di surau Kampong Kuchai. Jenazah beliau dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bidadari dan baru-baru ini jenazahnya telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam, Pusara Aman (Abadi) di Lim Chu Kang.[1][6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1958 Anak Pontianak Dr. Sulong Filem pertama
Gergasi Dr. Samsi
Doktor
1959 Pendekar Bujang Lapok Tauke Sampan
Musang Berjanggut Sultan Alam Shah Nizam
Nujum Pak Belalang Sultan Shahrul Nizam
Saudagar Minyak Urat Ibrahim
1960 Antara Dua Darjat Tengku Karim
1961 Seniman Bujang Lapok Tuan Pengarah Ahmad Nisfu
1962 Ibu Mertua-ku Mamak Mahyudin Jailani Juga sebagai penulis
Dang Anom
Laila Majnun Orang Kaya Amir
Gerhana Doktor Mahmud
Siti Muslihat Pak Ali
Tun Fatimah Deigo Lopez de Squiera
Lanchang Kuning
Jula Juli Bintang 7
1963 Korban
Darahku Orang Kampung
Pontianak Kembali
Nasib Si Labu Labi Hakim Mahkamah Penampilan khas
Pilih Menantu Orang Kaya Ahmad Nisfu
Bayangan Di Waktu Fajar Penghulu Kampung
Bunga Tanjung
Tajul Ashikin Saudagar Umar Al-Habsi
1964 Madu Tiga Tuan Haji Latiff
Tiga Abdul Sadiq Segaraga
Wan Perkasa
Istana Berdarah
Air Mata Duyung Bendahara
Siapa Besar Posmen Tiada kredit nama
1965 Sayang Si Buta Tuan Osman
Dayang Senandong Ahli Nujum
Pusaka Pontianak Comot
1966 Sri Andalas Sultan Inderapura yang pertama
Anak Dara
Dua Kali Lima Kulop Besar
1967 Lampong Karam
A-Go-Go '67 Karim
Play Boy Pakcik Nordin
Mat Raja Kapor Sultan Darul Funfair
1968 Si Murai
1969 Nafsu Belia
1970 Puaka
Lubang Neraka
1971 Mat Karong Guni Pelakon Filem
Jahanam Datuu Bendahara Gunung Jerai Filem terakhir

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g Nurmaya Alias (26 Oktober 2014). "Mencungkil kebenaran tentang AHMAD NISFU". Berita Harian Singapura. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Oktober 2021. Dicapai pada 17 November 2017.
  2. ^ Melati Pusaka (2 September 2013). "Ahmad Nisfu: Nasib seniman Malaysia". Dialog Rakyat. Dicapai pada 20 Disember 2017.
  3. ^ Sulaiman Jeem (25 Jun 1978). "Tokoh ALLAHYARHAM AHMAD NISPU". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 20 Disember 2018.
  4. ^ A. Rani Mustaffa (27 Februari 1972). "Ahmad Nispu, 70 tahun, pelakun yg maseh gagah". Berita Harian Singapura. m/s. 7. Dicapai pada 17 November 2018.
  5. ^ Danial Aziz Ahmad (27 Jun 2021). "Betul Ke Ahmad Nisfu Hidup Melarat Di Hujung Usia?". The Patriots. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  6. ^ "Ahmad Nispu pelakun veteran meninggal". Berita Harian Singapura. 26 Jun 1972. m/s. 10. Dicapai pada 17 November 2018.

Pautan luar sunting