Dang Anom
Filem Dang Anom merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1962. Filem Dang Anom diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Dang Anom | |
---|---|
Poster filem Filem Dang Anom. | |
Pengarah | Hussein Haniff |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Hitam-putih |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1962 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Pengarah Sunting
Filem Dang Anom diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1962.
Ringkasan Sunting
Filem ini mengisahkan mengenai Dang Anom anak kepada Sang Rajuna Tapa, yang ditunangkan kepada Panglima Malang. Bagaimanapun, Sultan telah jatuh hati kepadanya dan menjadikannya sebagai gundik. Panglima Malang telah mencuri masuk ke istana untuk berjumpa dengan Dang Anom tetapi telah ditangkap. Akibatnya kedua mereka dihukum bunuh. Sang Rajuna Tapa kemudiannya membuka pagar kota dan membiar tentera Majapahit masuk sebagai ikthiar menyelamatkan anaknya.
Pelakon Sunting
- Nordin Ahmad sebagai Panglima Malang
- Fatimah Ahmad sebagai Dang Anom
- Mahmud Jun
- M. Amin
- Roseyatimah
- Yusof Latiff
- Ahmad Nisfu
- Murni Sarawak sebagai Dayang Istana