Ali Fiji
Ali Syed Mohammad atau lebih dikenali sebagai Ali Fiji (2 Februari 1933 – 14 November 1996) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia semasa era kegemilangan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.
Ali Fiji | |
---|---|
Kelahiran | Ali bin Syed Mohammad 2 Februari 1933 Negeri-negeri Selat (kini Singapura) |
Meninggal dunia | 14 November 1996 | (umur 63)
Sebab kematian | Serangan jantung |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1953–1994 |
Pasangan | Zainon Fiji Jan Hussain |
Anak-anak | 4 |
Saudara | M. Babjan (bapa saudara) |
Kehidupan peribadiSunting
Beliau pernah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun bersama seniwati Zainon Fiji sebelum bercerai pada tahun 1979. Ali kemudian berkahwin dengan Jan Hussain dan dikurniakan 4 anak. Salah seorang anaknya, Nurjannah ialah bekas pengulas sukan di Astro Arena.
KematianSunting
Beliau meninggal dunia pada usia 63 tahun pada 14 November 1996 di kediamannya di Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh ketika hendak membasuh tangan sebelum makan.[1] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Solat Jumaat.[2] Allahyarham meninggalkan seorang balu serta 4 orang anak.
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1957 | Pancha Delima | Kerikil Tajam | Filem pertama |
Taufan | |||
1958 | Sri Menanti | ||
Sarjan Hassan | Kawan Aziz | ||
Doktor | Husin | ||
1959 | Batu Belah Batu Bertangku | Pengawal Datuk Hitam | |
Nujum Pa' Blalang | Jambul | ||
Musang Berjanggut | Penjahat Tandu | ||
Pendekar Bujang Lapok | Samseng Ali | ||
1960 | Ali Baba Bujang Lapok | Bin Fiji | |
Antara Dua Darjat | Permain Drum / Cajon | ||
Isi Neraka | Jamal | ||
1961 | Singapura Dilanggar Todak | Konco Jelatang | |
Seniman Bujang Lapok | Ali | ||
Si Tanggang | Husin | ||
1962 | Ibu Mertua-ku | Bayen | |
Lubalang Daik | Nibong | ||
1963 | Budi dan Dosa | Sarjan Polis | |
Kasih Tanpa Sayang | Ali | ||
1965 | Dayang Senandong | Pengawai Istana Raja Shamsir | |
1966 | Gerak Kilat | Pengikut Komander G | |
Sri Andalas | pengikut Tedung | ||
1967 | A-Go-Go '67 | rakan sekerja Johari | |
Jebak Maut | Samseng Kuncu 3 | ||
1968 | Ibulah Syurga | ||
Raja Bersiong | Pengawal Kampung | ||
1982 | Kabus Tengahari | ||
1995 | Beyond Rangoon | Filem terakhir |