Udo Omar
Almarhum Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Sumatra Barat, Padang, Indonesia. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[1]
Allahyarham Haji Udo Omar | |
---|---|
عمر بن هيتم | |
![]() Pak Udo dalam watak Haji Bakhil, filem Labu dan Labi | |
Kelahiran | Haji Omar bin Hitam 1906 Kepulauan Riau, Sumatra Barat, Padang, Hindia Belanda Timur (kini Indonesia) |
Meninggal dunia | 20 Februari 1980 (umur 73 atau 74) Penempatan Kampung Melayu (kini Eunos Crescent), kawasan Geylang Serai, antara Jalan Alsagoff dan Jalan Pasir, Singapura |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bidadari (dulu) (kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Warganegara | Singapura |
Nama lain | Pak Udo |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, bangsawan |
Tahun aktif | 1922–1980 |
Majikan | Malay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura |
Terkenal kerana | Watak Haji Bakhil bin Haji Kedekut dari filem Labu dan Labi, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (A.M.N.) |
Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar Hitam.
Penglibatan dan kerjaya seniSunting
Udo Omar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions Ltd. (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.
Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Omar bekas pelakun MFP meninggal dunia pada Februari 1980.[2]
Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[3]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1955 | Penarek Becha | Orang Kaya Marzuki | Filem pertama |
1956 | Hang Tuah | Tun Ali | |
1957 | Pancha Delima | Pak Karma | |
1958 | Serangan Orang Minyak | ASP Anuar | |
1959 | Nujum Pak Belalang | Ahli Nujum Negara Masai | |
Musang Berjanggut | Datok Bendahara Seri Paduka DiRaja | ||
1960 | Che Mamat Parang Tumpul | ASP Anuar | Penampilan khas |
1962 | Labu dan Labi | Haji Bakhil bin Haji Kedekut | |
1963 | Nasib Si Labu Labi | ||
Masuk Angin Keluar Asap | Tok Penghulu | ||
Pilih Menantu | Encik Udo | ||
1964 | Tiga Abdul | Guru Anak-Anak Yatim Piatu | Penampilan khas |
Siapa Besar | Hitam bin Tahi Besi bin Marican Ketol Arang | ||
1966 | Dua Kali Lima | Kulop Kechil | |
Anak Dara | Penghulu Kassim | ||
1968 | Raja Bersiong | Menteri | |
1971 | Mat Magic | ||
1972 | Harimau Jadian | ||
1979 | Gila-Gila | Mr. Mulok | Filem terakhir |