Tun Ali

Bendahara keempat Kesultanan Melayu Melaka

Bendahara Seri Nara Di Raja Tun Ali Bin Bendahara Sri Amar Diraja [1] adalah Bendahara Melaka yang ke-4. Beliau merupakan anak kepada Bendahara Sri Amar Diraja anak saudara kepada Parameswara dan Tun Ratna Wati iaitu anak perempuan kepada Mani Puridan dan Tun Ratna Sundari [1]Beliau telah meninggal dunia pada pada tahun 1456 dan digantikan oleh Bendahara Tun Perak.

Sebelum menjadi bendahara, Tun Ali pernah menjadi Penghulu Bendahari kepada Sultan Muhammad Syah. Selepas isteri pertamanya meninggal, beliau telah berkahwin dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, yang sengajakan diceraikan untuknya oleh Sultan Muzaffar Syah (Raja Kassim) [2]. Salah seorang anaknya dengan Tun Kudu, Tun Mutahir turut dilantik sebagai bendahara [3].

Rujukan sunting

  1. ^ "Sejarah Malaysia: Sultan Muhammad Syah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-23. Dicapai pada 2007-07-25.
  2. ^ "Sejarah Malaysia: Sultan Muzaffar Syah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-07-25.
  3. ^ Sejarah Malaysia: Sultan Mahmud Syah


Penyandang Terdahulu Bendahara Melaka
ke-4
Penyandang Kemudian
Bendahara Seri Wak Raja II
Bendahara Paduka Raja Tun Perak