Buka menu utama

Haji Mustar bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mustarjo, Wak Mustarjo atau Pak Mustarjo merupakan seorang pelakon filem Melayu Malaysia sekitar 1950-an. Beliau dilahirkan pada tahun 1890 di wilayah Purwokerto, Jawa Tengah. Walaupun dari segi karakter diri, Mustarjo dilihat sebagai seorang serius, tapi dia mampu untuk membawa watak komedi dengan baik ditambah lagi dengan pelat Jawa yang menjadi jati dirinya yang dilahirkan di Jawa Tengah.[1] Menyingkap pembabitan awalnya sebagai pelakon, beliau terlebih dulu berjinak dalam pementasan bangsawan sebelum menyertai produksi Shaw Brothers.[2]

Mustarjo
Mustarjo.jpg
KelahiranHaji Mustar bin Ahmad
1890
Purwokerto, Jawa Tengah, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)
Meninggal dunia3 Januari 1970 (umur 80)
Singapura
PekerjaanPelakon

Mustarjo pernah berlakon komedi sebagai wataknya sebagai Menteri Nikah Kahwin dalam filem Musang Berjanggut dan Pendekar Mustar dalam Pendekar Bujang Lapok.

Penglibatan dan kerjaya seniSunting

Mustarjo pernah bergerak dengan aktif dalam pementasan bangsawan sebelum mencebori bidang lakonan di filem dengan syarikat produksi Shaw Brothers. Sewaktu bersama dengan kumpulan Bangsawan Sri Noran Opera, Mustarjo pernah mengadakan persembahan di hadapan Raja Putih Sarawak, Raja Brooke, ketika lawatan ke Borneo.[3]. Beliau dikenali di kalangan pengurus Studio Jalan Ampas sebagai Joe.[3]

Wak Mustarjo pernah membuka warung yang letaknya di Ballestier Road, berhampiran dengan Studio Jalan Ampas. Menurut pelawak S. Shamsuddin, gulai ayam yang mereka makan dalam salah satu adegan filem Bujang Lapok sebenarnya dimasak oleh Wak Mustarjo.[3] Menurut Seniwati Mariani, menu istimewa di warung Pak Mustarjo ialah Nasi Padang, Ikan Bakar dan Sambal Goreng.[4].Wak Mustarjo juga terkenal dengan kepakaran beliau menyediakan masakan Nasi Ambang, perkara ini diakui oleh Seniman Datuk Aziz Sattar. Menurut beliau, ketika di Jalan Ampas, sudah menjadi tradisi dikalangan warga seni untuk berkumpul dan bertukar-tukar juadah pada malam raya, ketika itu juadah yang menjadi rebutan ialah Nasi Ambang yang disediakan oleh Wak Mustarjo, selain rasanya yang lazat, lauknya juga beranika, serunding dan macam-macam lagi.[5]

Beliau dikatakan antara seniman terawal yang menunaikan fardhu haji sewaktu masih aktif bergiat dalam dunia seni. Selain beliau, antara pelakon lain yang telah menunaikan fardhu haji pada ketika itu ialah Haji Mahadi dan Haji Arshad[3].

Sewaktu tinggal di kuarters Malay Film Production yang terletak di Jalan Boon Teck, Wak Mustarjo akan mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali menjelang Syawal, peristiwa ini dikongsikan oleh Allahyarham Datuk Ahmad Daud.[6]

FilemSunting

RujukanSunting

  1. ^ Bintang/artis komedi veteran
  2. ^ Bintang/artis komedi veteran.
  3. ^ a b c d Berita Harian: Gerai di Jalan Ampas, 9 Mei 1998
  4. ^ Berita Harian: Mariani mengenang selera Saloma, 27 Oktober 2012
  5. ^ Metro Ahad: Raya Pak Ajis, 4 September 2011
  6. ^ Berita Harian, 1 Februari 1998

Pautan luarSunting