Udo Omar

Pelakon
(Dilencongkan dari Udo Umar)

Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Pancha Delima, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.[1]

Allahyarham Haji

Udo Omar
عمر بن هيتم
Pak Udo dalam watak Haji Bakhil, filem Labu dan Labi
Kelahiran
Haji Omar bin Hitam

1906 (1906)
Meninggal dunia20 Februari 1980(1980-02-20) (umur 73–74)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari (dulu)
(kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainPak Udo
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1955–1980
MajikanMalay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura
Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura
Terkenal keranaWatak Haji Bakhil bin Haji Kedekut dari filem Labu dan Labi, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (A.M.N.)
Pasangan3
Anak-anak5

Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar bin Hitam.

Penglibatan dan kerjaya seni sunting

Udo Omar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Omar meninggal dunia pada 20 Februari 1980 di usia 74 tahun.[2]

Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1955 Penarek Becha Orang Kaya Marzuki Filem pertama
1956 Hang Tuah Tun Ali
Anak-ku Sazali Pemilik Bangsawan
1957 Pancha Delima Pak Karma
Seruan Darah
1958 Doktor
Sri Menanti
Sumpah Pontianak Hantu Raya
Serangan Orang Minyak ASP Anuar
1959 Nujum Pak Belalang Ahli Nujum Negara Masai
Musang Berjanggut Datok Bendahara Seri Paduka DiRaja
Raden Mas Datuk Bendahara
1960 Che Mamat Parang Tumpul ASP Anuar Penampilan khas
1962 Tun Fatimah Tun Sura
Labu dan Labi Haji Bakhil bin Lebai Kedekut
1963 Nasib Si Labu Labi
Masuk Angin Keluar Asap Tok Penghulu
Gila Talak
Tajul Ashikin Tok Penghulu
Pilih Menantu Encik Udo
1964 Tiga Abdul Guru Anak-Anak Yatim Piatu Penampilan khas
Siapa Besar Hitam bin Tahi Besi bin Marican Ketol Arang
Kalong Kenangan Pak Imam
1966 Dua Kali Lima Kulop Kecil
Anak Dara Penghulu Kassim
Sri Andalas Tok Dukun
1968 Si Murai
Raja Bersiong Menteri
1969 Mat Toyol Tok Bomoh
1970 Lubang Neraka
1971 Mat Magic
Semusim Di Neraka
1972 Harimau Jadian
1974 Sandakan No.8 Filem Jepun
1978 Gila-Gila Encik Mulok M.J Filem terakhir

Rujukan sunting

  1. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
  2. ^ Pak Udo Omar (Haji Bakhil) dalam kenangan, Article also available on microfilm reel NL10629 [Lee Kong Chian Reference Library - On shelf .]
  3. ^ "Udo Omar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.

Pautan luar sunting