Hussein Haniff

Pengarah filem Melayu Singapura
(Dilencongkan dari Hussain Haniff)

Hussein Haniff (1933 – 4 April 1966) merupakan seorang pengarah filem Melayu.

Hussein Haniff
Kelahiran
Muhammad Hussein bin Muhammad Haniff

1933 (1933)
Meninggal dunia4 April 1966(1966-04-04) (umur 32–33)
Sebab kematianPenyakit barah
WarganegaraPakistan, Singapura
PekerjaanPenyunting, pelukis, pengarah
Tahun aktif1952–1966
Terkenal keranaHang Jebat
PasanganMusteja Sani
Fatimah Ahmad

Kehidupan awal sunting

Hussein Haniff dikatakan dilahirkan di Pakistan tetapi dibesarkan di Singapura. Bapanya, Muhammad Haniff atau dikenali juga dengan jolokan Chitra, pernah bekerja sebagai pelukis dan pengarah seni di Studio MFP. [1]

Kerjaya sunting

Pembabitan beliau dalam bidang perfileman bermula dari belakang tabir, iaitu sebagai pelukis tirai dan peralatan atau hiasan di beberapa pentas bangsawan, dan seterusnya sehingga kepada mengarah filem bagi syarikat Cathay-Keris Film Productions. Pada awalnya, beliau terbabit dalam penyuntingan filem. Selepas itu, pada 1961, beliau mula mengarah filem dengan filem pertamanya, filem Hang Jebat.

Para pengkritik filem menyifatkan Hussein Haniff sebagai memberikan sentuhan anak watan Melayu kepada filem Melayu. Filem sebelumnya yang diarah oleh pengarah India sering menonjolkan jalan cerita bersifat filem India.

Pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang pernah berlakon dalam filem arahan Hussein menyifatkan pengarah itu sebagai seorang amat cerewet dan terlalu mementingkan kesempurnaan.

Sungguhpun beliau tidak boleh membaca dan menulis, Hussien mampu menterjemahkan setiap ideanya ke dalam skrip yang ditulis dengan bantuan orang lain seperti Ali Aziz yang menulis skrip untuk filem Hang Jebat (1961).

Filem arahannya itu kemudian terpilih untuk dipertandingkan ke Festival Filem Asia ke-9 di Seoul, Korea Selatan pada tahun 1962.

Semasa hayatnya Hussein Haniff dua kali mendirikan rumah tangga. Isteri pertamanya ialah Musteja Sani, seorang suri rumah. Isteri keduanya adalah Fatimah Ahmad, seorang pelakon filem Cathay Keris. Selepas kematian Hussein Haniff, Fatimah Ahmad berkahwin dengan seorang rakyat Amerika Syarikat dan berhijrah ke sana dan meninggal dunia di sana.

Filem pertama arahannya yang boleh diangkat sebagai karya terbaik daripada beliau ialah Hang Jebat (1962). Filem ini menampilkan Nordin Ahmad, M. Amin dan Latifah Omar sebagai bintang utamanya.

Ada satu artikel dalam majalah "Berita Filem" mengatakan Husin Hanif bakal mengarahkan filem berwarna bertajuk "Tun Perak" karya Mudin Shepard. Tapi filem itu tidak dapat difilemkan berikutan Hussein Haniff meninggal dunia.

Filemografi sunting

Filem sunting

Sebagai pelakon sunting

Sebagai penyunting sunting

Sebagai pengarah sunting

Meninggal dunia sunting

Hussein Haniff meninggal dunia pada 4 April 1966 di usia 33 tahun akibat penyakit barah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting