Istana Berdarah merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan pada tahun 1964 oleh Keris Film Production. Filem Istana Berdarah diterbitkan dalam bentuk filem hitam-putih. Ia merupakan filem arahan Hussein Haniff.[1] Filem ini menceritakan tentang kisah seorang isteri yang sanggup berkorban apa sahaja, untuk kemewahan; dia terpaksa melakukan perbuatan yang kejam.[1]

Istana Berdarah
PengarahHussein Haniff
Dihasilkan olehHo Ah Loke
Loke Wan Tho
DibintangiYusof Latiff
Salleh Melan]]
Fatimah Ahmad
SinematografiHitam Putih
Diedarkan olehKeris Film Production
Tarikh tayangan
1964
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Ringkasan sunting

Mengisahkan perihal Mahfuz dan Mahadi nyang hanyalah dua orang pahlawan yang terselamat apabila kapal mereka diserang oleh lanun-lanun. Mereka mendarat di sebuah pantai yang tidak diketahui dan mereka bertemu seorang pertapaan. Dia meramalkan bahawa Mahfuz akan menjadi seorang yang berkuasa di negeri sedangkan Mahadi akan menjadi rakyat biasa.[2]

Penerbitan sunting

Filem Istana Berdarah diarah oleh pengarah Hussein Haniff pada 1964. Pengambaran filem telah mengambil masa dua bulan. Segala keperluan penyuntingan dan muzik latar belakang diselenggarakan oleh pengarahnya sendiri, Hussein Haniff setelah melakukan penapisan dengan penuh teliti.[1]

Filem Istana Berdarah bercorakkan roman sejarah yang berdasarkan cerita pujangga William Shakespeare. Untuk menyesuaikan dengan filem Melayu, maka banyak bahagian yang diubah oleh pengarahnya dengan mengikut selera penonton pada zaman itu.[1]

Pelakon sunting

Antara pelakonnya yang terlibat ialah Yusof Latiff, Salleh Melan,[3] Fatimah Ahmad,[3] Suraya Harun,[3] Ahmad Sabri dan Ahmad Osman.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Bahayah Mahmud (5 Disember 1964). "Istana Berdarah banyak terdapat sindiran2 tajam" [Istana Berdarah terdapat banyak sindiran-sindiran yang tajam]. Berita Harian. m/s. 7.
  2. ^ ""Istana Berdarah" filem yang banyak tauladan" ["Istana Berdarah" merupakan filem yang banyak tauladan]. Berita Harian. 16 Januari 1965. m/s. 7.
  3. ^ a b c "Filem "Istana Berdarah": Babak-nya yang Akhir Menakutkan" [Filem "Istana Berdarah": Babak Akhir Dilem yang Menakutkan]. Berita Harian. 26 Disember 1964. m/s. 7.

Pautan luar sunting