Pertapaan
Pertapaan ([pĕr.ta.pa.an], Jawi: ڤرتاڤاءن ) difahamkan sebagai perilaku membawa dan mengasingkan diri daripada masyarakat dengan menghuni kawasan yang terpencil dan sukar dimasuki kebanyakan manusia (yakni "bertapa") untuk seberapa tujuan tertentu, seperti menguatkan keimanan atau kepercayaan terhadap suatu agama dianuti sendiri melalui penyucian diri daripasa segala unsur buruk, mahupun untuk memperoleh kesaktian.[1]
Kata dasar tapa تاڤ "kuat, kebal" berakar daripada perkataan Sanskrit: ताप, rumi: tāpa yang bermaksud "laku yang keras dalam menjalankan agama, penyeksaan diri", "kesengsaraan minda atau badan".[2][3]
Rujukan sunting
- ^ "'bertapa' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 4 Mac 2020.
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 1945–6. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 274–275. ISBN 979-459-416-4.
- ^ "tāpa". Sanskrit Dictionary for Spoken Sanskrit. Dicapai pada 4 Mac 2020.