YBhg Tuan Harumaini Omar adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas ADUN Batang Kali selama hampir sepenggal (2018-2023).

Yang Berbahagia Tuan

Harumaini Omar

Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Batang Kali
Dalam jawatan
26 Jun 2018 – 21Januari 2023
Didahului oleh Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Digantikan oleh Muhaimin Harith
Majoriti8,315 (PRU-14)
Butiran peribadi
Parti politik PPBM (sehingga 2020)
Parti Pejuang Tanah Air (2020-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2018-2020)
Gerakan Tanah Air (2022-2023)

Politik sunting

Beliau adalah muka baharu yang bertanding untuk kerusi DUN Batang Kali, Selangor. Beliau telah menang dalam pertandingan 3 penjuru menentang penyandang, Dato' Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN) dan Mohd Hasnizan Harun (PAS) pada PRU 14 lalu.[1]

Keanggotaan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Batang Kali telah terhenti pada 16 Februari 2023 kerana gagal untuk menghadirkan diri tanpa kebenaran melebihi 6 bulan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang Dewan Negeri Selangor.[2]

Pautan luar sunting

Harumaini Omar di Facebook - Profil Facebook

Rujukan sunting

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14: Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-28. Dicapai pada 2019-08-28.
  2. ^ Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong