Pilihan raya kecil Tanjung Piai 2019
Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 2019 merupakan pilihan raya kecil yang kesembilan selepas pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU14). Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohamed Farid Md Rafik dari PPBM pada 21 September 2019 akibat serangan jantung. Pilihan raya kecil ini berlangsung pada 16 November 2019. Calon Barisan Nasional (BN), Wee Jeck Seng menang besar dengan majoriti 15,086 undian, seterusnya mengambil alih semula kerusi Tanjung Piai, walaupun sebagai pembangkang. BN mendapat semula kerusi dengan 25,466 undian berbanding PH yang hanya memperoleh 10,380 undian.[1]
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
P165 Tanjung Piai | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penamaan calon
suntingPilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua orang Bebas.
BNl diwakili Persatuan Cina Malaysia (MCA) mencalonkan Datuk Dr Wee Jeck Seng, manakala PH diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Gerakan pula mencalonkan Wendy Subramaniam manakala Berjasa pula mencalonkan Presidennya, Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz. Dua orang Bebas yang bertanding ialah Dr. Ang Chuan Lock, guru tuisyen swasta dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, seorang ibu tunggal dan juga seorang pengaudit sosial dari Gabungan Teksi Se-Malaysia (GTSM).[2]
Isu
suntingUMNO dan MCA melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak SPR yang menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian masing-masing pada 2 dan 16 November kerana bertembung dengan tarikh mesyuarat agung tahunan kedua-dua parti yang dirancang sebelum ini; MCA pada 2–3 November dan UMNO pada 13–16 November.[3][4] SPR menyatakan bahawa ini adalah tidak disengajakan dan tidak dapat dielakkan oleh kerana cuti umum Deepavali yang akan datang pada 27 Oktober.[5][6] Kedua-dua parti telah memutuskan untuk menangguhkan mesyuarat mereka untuk mengelakkan pertembungan dengan tarikh-tarikh penting PRK.[7][8]
Naib Pengerusi DAP M. Kulasegaran, yang juga Menteri Sumber Manusia, dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kaitannya dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), telah mengaitkan tuduhan sokongan DAP terhadap LTTE dengan PRK.[9] Beliau turut meminta polis menyiasat berita palsu itu yang tular berikutan penahanan dan penahanan tujuh individu sebelum ini oleh polis, termasuk Exco kerajaan negeri Melaka merangkap ADUN Gadek G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaran atas dakwaan perkaitan dengan LTTE.[10] Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Ibrahim Ali pula mendakwa agenda isu LTTE adalah untuk menarik undi Melayu dalam pilihan raya kecil.[11]
Ketua UMNO Johor Hasni Mohammad menerbitkan kontroversi dengan kenyataannya semoga tidak ada pilihan raya kecil kedua pada tahun hadapan, merujuk kepada usia tua calon PH.[12] Oleh itu, Hasni dikutuk BERSATU kerana mempersendakan umur calon PH dan meramalkan jangka hayatnya.[13]
Keputusan
suntingAnalisis keputusan
suntingAnalisis-analisis politik tertumpu kepada kekalahan besar PH dalam PRK ini. Dengan majoriti 15,086 undian, PRK ini menyaksikan kekalahan terbesar PH dalam PRK-PRK yang diadakan sejak PRU14. Faktor utama yang diutarakan para sarjana politik ialah tindakan protes kepada kegagalan pentadbiran kerajaan PH yang terbentuk ketika PRU14. Dalam faktor ini, para rakyat terlibat mengundi BN sebagai simbol protes terhadap PH atas kegagalan menunaikan manifesto PRU serta persepsi pelemahan kelompok DAP dalam kerajaan. Selain itu, faktor-faktor yang diutarakan termasuk pengalaman Wee Jeck Seng sebagai faktor penarik dan kaedah retorik kempen BN yang berkesan, yang menumpukan kepada masalah-masalah berkaitan PH.[14]
Jadual keputusan
suntingParti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Wee Jeck Seng | 25,466 | 65.60 | +19.48 | |
PH | Karmaine Sardini | 10,380 | 26.74 | -20.55 | |
Gerakan | Wendy Subramaniam | 1,707 | 4.40 | N/A | |
BERJASA | Badhrulhisham Abd Aziz | 850 | 2.19 | N/A | |
Bebas | Ang Chuan Lock (logo kunci) |
380 | 0.98 | N/A | |
Bebas | Faridah Aryani Abd Ghaffar (logo kereta) |
32 | 0.08 | N/A | |
Jumlah undi sah | 38,815 | 100.00 | |||
Jumlah undi ditolak ballots | 595 | ||||
Jumlah undi tidak dikembalikan | 30 | ||||
Peratus unjuran | 39,435 | 74.43 | |||
Pengundi berdaftar | 52,986 | ||||
Majoriti | 15,086 | 38.86 | |||
BN ambil alih dari PH | Unjuran | +20.02
|
Rujukan
sunting- ^ "Barisan Nasional wins Tg Piai by-election with 15,086 vote majority". The Star Online. 16 November 2019. Dicapai pada 16 November 2019.
- ^ "Shamsubahrin suffers heart attack, single mother replaces him as Tanjung Piai candidate". New Straits Times. 2 November 2019. Dicapai pada 2 November 2019.
- ^ "EC accused of making life difficult for Umno and MCA". The Star Online. 2 Oktober 2019. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
- ^ "Dr Wee asks if EC set dates for Tanjung Piai by-election in favour of Pakatan". The Star Online. 1 Oktober 2019. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
- ^ Ramieza Wahid & Zikri Kamarulzaman (1 Oktober 2019). "Umno, MCA fume over polls-AGM clash, EC says unavoidable". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
- ^ Mazwin Nik Anis (1 Oktober 2019). "Umno unhappy with dates for Tanjung Piai by-election". The Star Online. Dicapai pada 2 Oktober 2019.
- ^ Fatimah Zainal (3 Oktober 2019). "Umno postpones AGM to focus on Tanjung Piai by-election". The Star Online. Dicapai pada 3 Oktober 2019.
- ^ "MCA AGM postponed to Nov 30 to avoid clash with Tg Piai by-election". The Star Online. 7 Oktober 2019. Dicapai pada 7 Oktober 2019.
- ^ "Kula links LTTE-DAP allegations to Tanjung Piai by-election". Malaysiakini. 12 Oktober 2019. Dicapai pada 13 Oktober 2019.
- ^ Zahratulhayat Mat Arif (12 Oktober 2019). "Kulasegaran denies involvement with LTTE". New Straits Times. Dicapai pada 13 Oktober 2019.
- ^ "Ibrahim Ali dakwa motif operasi isu LTTE raih undi Melayu Tg Piai". Free Malaysia Today. 14 Oktober 2019. Dicapai pada 14 Oktober 2019.
- ^ "Johor Umno chief: Bersatu candidate is 66, hope there won't be 2nd by-election". Malaysiakini. 28 Oktober 2019. Dicapai pada 28 Oktober 2019.
- ^ "Bersatu hits back at Umno for suggesting Tg Piai candidate may kick bucket". Malaysiakini. 28 Oktober 2019. Dicapai pada 29 Oktober 2019.
- ^ Mohd Amin, Khairil Anwar (17 November 2019). "Analisis kemenangan BN". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Disember 2021.
Laman web
sunting- "PRK Tanjung Piai: BN menang dengan majoriti 15,086 undi". mSTAR Online. 16 November 2019. Dicapai pada 17 November 2019.