Ahli politik bebas

(Dilencongkan daripada Bebas)

Dalam politik, calon bebas adalah seseorang yang bukan ahli mana-mana parti politik.[1] Calon bebas boleh mempunyai pendapat sentrisme kepada apa yang mereka mahu lakukan apabila mereka dipilih, atau mereka mungkin mempunyai pandangan yang ekstrem yang sangat berbeza daripada apa yang pihak lain ada. Terdapat juga beberapa ahli politik yang memilih untuk bertanding pada pilihan raya oleh diri mereka sendiri sebagai calon bebas walaupun mereka pernah menjadi ahli parti politik, kerana mereka tidak mahu mengikut ideologi politik parti mereka. Beberapa calon Bebas mungkin mewujudkan parti politik mereka sendiri hanya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya. Sekiranya ahli politik bebas ingin mencari platform parti politik, kadangkala ahli bebas juga boleh menjadi direct members dengan gabungan parti politik, walau bagaimanapun gabungan tersebut haruslah didaftarkan dibawah akta pertubuhan Malaysia JPPM beserta dengan perlembagaan gabungan yang membenarkan ahli bebas menjadi direct members walaupun tidak menduduki mana-mana parti politik.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting