Muhammad Zahid Md Arip
Muhammad Zahid bin Mat Arip ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara Malaysia selama sepenggal (2020-2023) dan merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad bersama Abu Bakar Yahya dan Mohamad Nuhairi Rahmat.[1] Beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).[2]
Tuan Muhammad Zahid Md Arip | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 16 Jun 2020 – 16 Jun 2023 | |
Penggal | Pertama |
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU | |
Dalam jawatan 2016–2020 | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 2018–2020 Berkhidmat with Abu Bakar Yahya dan Mohamad Nuhairi Rahmat | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Melaka | 22 Jun 1966
Parti politik | (1999-2001) UMNO (2001-2016) BERSATU (2016-) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (2001-2016) Pakatan Harapan (2016-2021) (2021-kini) |
Pertalian | Abdul Aziz bin Haji Jaafar (bapa saudara) Ahmad Hamzah (bapa saudara) Abdul Ghafar bin Baba (datuk) Tamrin bin Abdul Ghafar (bapa saudara) |
Keluarga
suntingBeliau merupakan cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar bin Baba. Bapa saudara beliau ialah Tamrin bin Abdul Ghafar yang satu ketika dahulu aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan kemudiannya beralih kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Politik
suntingBeliau ialah bekas ahli UMNO sebelum menyertai BERSATU. Setelah menyertai BERSATU. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut.
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ "Muhammad Zahid dilantik Setiausaha Politik PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-23. Dicapai pada 2018-11-23.
- ^ Zahid Md Arip sah tanding lawan Najib di Pekan