Shahidan Kassim
YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim (lahir 17 Jun 1951) merupakan seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Perlis. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Besar Perlis sejak 1995 sehingga Mac 2008 apabila digantikan oleh Dato' Seri Md Isa bin Sabu. Shahidan berkeras untuk kekal dengan jawatan tersebut atas dasar dia adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis dan mendapat surat perlantikan daripada Perdana Menteri.[1] Bagaimanapun, mengikut Undang Tubuh Negeri Perlis, Raja Perlis boleh memilih sendiri sesiapa yang Tuanku perkenan atau mengikut kata putus kesemua wakil rakyat. Dato' Seri Md Isa Sabu telah mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan diperkenan Tuanku sebagai Menteri Besar Perlis yang baru. Shahidan pernah menjadi Ahli Parlimen Arau, pengerusi kelab penyokong kerajaan (BBC) di Parlimen, Pengerusi FAMA, Pengerusi Yayasan MARA dan Pengarah MARA. Di dalam bidang sukan pula, beliau juga memegang banyak jawatan. Di antaranya adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis(PBP) dan juga Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Kabbadi Malaysia (KAM).[2]
Yang Berhormat Dato' Seri Shahidan bin Kassim SPMP (Pls); SSAP (Pah); AMP, JP (Pls) | |
---|---|
شهيدان بن قاسم | |
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P3 Arau, Perlis | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 24 Jun 2013 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Majoriti | 4,856 (PRU-14) |
Dalam jawatan 6 Oktober 1986 – 3 April 2013 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Kamarudin Ahmad |
Menteri Wilayah Persekutuan | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Jalaluddin Alias |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 16 Mei 2020 – 29 Ogos 2021 | |
Timbalan | ![]() |
Didahului oleh | Johari Abdul (PHBBC) (BBC) |
Digantikan oleh | Tajuddin Abdul Rahman (KMBBC) |
Pengerusi PRIMA Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Oktober 2020 – 29 Ogos 2021 | |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 10 Mei 2018 | |
Menteri Besar Perlis ke-7 | |
Dalam jawatan 6 Mei 1995 – 13 Mac 2008 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Tambun Tulang | |
Dalam jawatan 1995–2013 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Ismail Kassim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tambun Tulang, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu, (kini Malaysia) | 17 Jun 1951
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Hubungan | Ismail Kassim (adik) |
Pekerjaan | Ahli Politik |
== Jawatan
Lain-lainSunting
- Adik beliau, bekas senator Dato' Ismail Kassim merupakan bekas seorang Ahli Parlimen bagi P3 Arau.
Lain-lainSunting
- Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH)
Keputusan pilihan rayaSunting
Year | Kerajaan | Undi | Pct | Pembangkang | Undi | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1986 | Shahidan Kassim (UMNO) | 18,156 | 60% | Tengku Abdul Rahman (PAS) | 11,091 | 37% | ||
1990 | Shahidan Kassim (UMNO) | 20,948 | 60% | Khalid Samad (PAS) | 13,154 | 37% | ||
2013 | Shahidan Kassim (UMNO) | 19,376 | 51% | Haron Din (PAS) | 18,005 | 47% | ||
2018 | Shahidan Kassim (UMNO) | 16,547 | 42% | Dato' Dr. Haji Abd Rahman Bin Daud (PKR) | 11,691 | 30% | ||
2022 | Shahidan Kassim (PAS) | 31,458 | 67% | Haron Din (UMNO) | 8,242 | 17% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Pct | Pembagkang | Undi | Pct | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Shahidan Kassim (UMNO) | 3,777 | 67% | Alias Othman (S46) | 1,661 | 30% | ||
1999 | Shahidan Kassim (UMNO) | 3,464 | 56% | Ismail Ahmad (PAS) | 2,587 | 42% | ||
2004 | Shahidan Kassim (UMNO) | 4,422 | 61% | Haron Din (PAS) | 2,680 | 37% | ||
2008 | Shahidan Kassim (UMNO) | 4,371 | 64% | Che Nordin Che Ahmad (PAS) | 2,361 | 34% |
RujukanSunting
- ^ Kontroversi pelantikan MB Perlis - *Md. Isa diperkenan istana *Shahidan terima watikah PM, Utusan Malaysia, dicapai 15 Mac 2008
- ^ [1], "Masalah kepada persatuan: Shahidan sedia lepas jawatan", Utusan Online, 5 Ogos 2008.
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 2 February 2010. Percentage figures based on total turnout.