Abdul Hamid Pawanteh
Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh adalah Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 (2003-2009). Beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Kangar dan Arau. Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Perlis ke-4 (1986-1995).
Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Pawanteh | |
---|---|
Yang Dipertua Dewan Negara ke-14 | |
Dalam jawatan 7 Julai 2003 – 6 Julai 2009 | |
Didahului oleh | Michael Chen Wing Sum |
Digantikan oleh | Wong Foon Meng |
Menteri Besar Perlis ke-4 | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Raja | Tuanku Syed Putra |
Didahului oleh | Ali Ahmad (UMNO―BN) |
Digantikan oleh | Shahidan Kassim (UMNO―BN) |
Ahli Parlimen untuk Arau, Perlis | |
Dalam jawatan 1982–1986 | |
Didahului oleh | Syed Hassan Syed Mohamed (UMNO―BN) |
Digantikan oleh | Shahidan Kassim (UMNO―BN) |
Ahli Parlimen untuk Kangar, Perlis | |
Dalam jawatan 1999–2003 | |
Didahului oleh | Md Isa Sabu (UMNO―BN) |
Digantikan oleh | Mohd Radzi Sheikh Ahmad (UMNO―BN) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pulau Pinang, Malaysia | 27 Julai 1944
Parti politik | UMNO―BN |
Pasangan | Puan Sri Elham Hamid Abdullah |
PendidikanSunting
Abdul Hamid dilahirkan pada27 Julai 1944 di Pulau Pinang.Bersekolah di Sekolah Melayu Kangar dan Penang Free School, Pulau Pinang. Kemudian belajar di Decca College, Karachi, India. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran (MBBS) dari Medical College, University Dow, Karachi, India. Ketika itu, Karachi, Pakistan masih di bawah negara India.
Dia berkahwin dengan Elham Hamid Abdullah (Elsie Sarstedt McCarthy) semasa belajar di Karachi dan mendapat lima anak iaitu Tania, Farah, Natasya, Sharif dan Jamal.
Sekembali ke Malaysia, beliau bekerja di Hospital Besar Kuala Lumpur , kemudian pindah ke Hospital Kangar, Perlis. Abdul Hamid berhenti dari perkhidmatan awam dan membuka klinik sendiri.
PolitikSunting
Beliau berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kangar pada 1981. Pada 1982 beliau menang bertanding di Parlimen Arau, Perlis dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 . Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dari tahun 1983 hingga 1986.
1986 beliau menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986 .Pada Ogos 1986 Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad melantik beliau menjadi Menteri Besar Perlis. Kemudian beliau diganti oleh Dato' Seri Shahidan Kassim (1995-2008)[1]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau bertanding semula di parlimen Kangar.
Beliau menjadi menjadi Yang Dipertua Dewan Negara sejak 7 Julai 2003 dan disambung lagi pada 19 Julai 2006 untuk penggal kedua. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan cadangan itu dan disokong oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas dan disokong oleh Senator Datuk Abdul Rahman Suliman, di Dewan Negara.Pada 6 Julai 2009, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.Tempat beliau akan diambil alih timbalannya, Wong Foon Meng, 55, yang juga Setiausaha Agung MCA mulai 7 Julai 2009.[2]
Pro Canselor UUMSunting
Beliau dilantik sebagai Pro Cancelor 1 Universiti Utara Malaysia sejak 1997.[3]
Syarikat Janakuasa elektrikSunting
Beliau mempunyai saham dalam Syarikat Janakuasa elektrik , Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) dan berhajat mengembangkannya ke Vietnam.[4]