Jalaluddin Alias
Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias (lahir 15 September 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia dari BN-UMNO. Beliau kini berkhidmat sebagai EXCO Kanan Negeri Sembilan, ADUN Pertang dan Ahli Parlimen Jelebu. Di peringkat parti beliau merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menggantikan Mohamad Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu[1].
Jalaluddin Alias SMW (Wilayah Persekutuan); DPNS (Negeri Sembilan); PGDK (Sabah); DNS; JP | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 24 Ogos 2023 | |
Portfolio |
|
Menteri Besar | Aminuddin Harun |
Kawasan pilihan raya | Pertang |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Portfolio | Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
Menteri Besar | Mohamad Hasan |
Kawasan pilihan raya | Pertang |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Pertang | |
Memegang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Noor Azmi Yusof |
Majoriti |
|
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | Razak Mansor |
Digantikan oleh | Noor Azmi Yusof |
Majoriti |
|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jelebu | |
Memegang jawatan 16 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Zainudin Ismail |
Majoriti | 8,125 (2022) 2,045 (2018) |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk Klawang | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Shamsul Bahari @ Ramli Mat |
Digantikan oleh | Yunus Rahmat |
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Shahidan Kassim |
Didahului oleh | Edmund Santhara Kumar Ramanaidu |
Digantikan oleh | jawatan dihapuskan |
Jawatan dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 22 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Mohamad Hassan |
Ahli Majlis Tertinggi | |
Memegang jawatan 2018 | |
Pengerusi UDA Holdings Berhad | |
Dalam jawatan 2020–2021 | |
Didahului oleh | Hisham Hamdan |
Digantikan oleh | Norliza Abdul Rahim |
Butiran peribadi | |
Lahir | 15 September 1963 |
Parti politik | |
Pasangan | Datin Seri Hajah Maziah Haji Mohd Nor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Politik
suntingPada Pilihan raya umum Malaysia 2004 (PRU-11) beliau bertanding di DUN Kelawang dan menang di DUN tersebut mengalahkan calon PAS dengan majoriti 1,308 undi.
Beliau bagaimanapun tidak dicalonkan pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 (PRU-12).
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13), beliau bertanding di DUN Pertang dan berjaya mengalahkan calon daripada PKR dengan majoriti 2,163 undi. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohamad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Portfolio yang dipegangnya ialah EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar.
Semasa Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) beliau bertanding di parlimen Jelebu. Beliau berjaya mengekalkan kerusi itu dengan mengalahkan calon daripada parti PH-AMANAH dan calon PAS sebanyak majoriti 2,045 undi. Beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen pembangkang dari tahun 2018-2020
Semasa kerajaan Perikatan Nasional (Gabungan PN,BN,GPS,PBS,BEBAS) mengambil alih kerajaan, beliau dilantik menjadi pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA). Sebuah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MEDAC).
Keputusan pilihan raya
suntingTahun | Konstituensi | Undian | Peratus | Pesaing | Undian | Peratus | Undian Ballot | Majoriti | Keputusan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N02 Pertang, P126 Jelebu | Jalaluddin Alias (UMNO) | 5,090 | 63.49% | Muhamad Syamwill Mertadza (PKR) | 2,927 | 36.51% | 8,140 | 2,163 | 83.60% |
Year | Konstituensi | Undian | Peratus | Pesaing | Undian | Perarus | Undian Ballots | Majoriti | Keputusan | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P126 Jelebu | Jalaluddin Alias (UMNO) | 19,062 | 48.93% | Mustafar Ab Kadir (AMANAH) | 17,017 | 43.68% | 39,733 | 2,045 | 81.89% | ||
Norman Ipin (PAS) | 2,878 | 7.39% |
Anugerah dan pengiktirafan
sunting- Wilayah Persekutuan
- Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W.) - Datuk Seri (2021)
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2014)
- Sabah
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) - Dato' (2007)
Rujukan
sunting- ^ https://www.sinarharian.com.my/article/250458/berita/politik/setiausaha-umno-negeri-sembilan-tewas-di-seremban
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 14 April 2010. Percentage figures based on total turnout, including votes for third parties. Results before 1986 election unavailable.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 March 2018. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.