Ustaz Haji Muhamad Mustafa (Jawi: محمد بن مصطفى) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Negara, mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan[1]. Muhamad pernah bertugas sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Nilam Puri, Kelantan dan pernah menjadi Yang Dipertua ABIM Kelantan.

Ustaz Haji

Muhamad Mustafa
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
2017 – 2020
Didahului olehJohari Mat
Digantikan olehMohd Apandi Mohamad
ADUN Demit, Kelantan
Dalam jawatan
2008 – 2013
Didahului olehMuhammad Daud Iraqi
Digantikan oleh Dato' Mumtaz Md. Nawi
Ahli Parlimen Peringat, Kelantan
Dalam jawatan
1999 – 2004
Didahului olehAnnuar Musa
Digantikan olehKonstituensi dirombak menjadi Ketereh
Butiran peribadi
Lahir (1958-08-22) 22 Ogos 1958 (umur 65)
Kota Bahru, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHajah Azizah Ishak
KediamanKelantan Kelantan
PekerjaanAhli politik, Pendakwah

Penglibatan dalam politik sunting

Beliau merupakan antara pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada tahun 1999[2] dan menjadi Ahli Parlimen Peringat mewakili parti itu pada tahun 1999[3].

Pilihan raya sunting

Kerusi Yang Ditandingi oleh Muhamad Mustafa
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
1999 Parlimen Peringat Muhamad Mustafa (KeADILan) 19,481 Annuar Musa (BN-UMNO) 14,956 80.05% 4,525
2004 Parlimen Ketereh Muhamad Mustafa (KeADILan) 17,136 Md Alwi Che Ahmad (BN-UMNO) 20,024 82.13% 2,888
2008 DUN Demit Muhamad Mustafa (PAS) 11,547 Muhammad Abdul Ghani (BN-UMNO) 6,748 83.61% 4,799

Rujukan sunting