Mumtaz Md. Nawi
Yang Berhormat Dato' Hajah Mumtaz Haji Md Nawi adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Kelantan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan
YB Dato' Hajah Mumtaz Md. Nawi DJMK, JMK (Kelantan) | |
---|---|
![]() | |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan | |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri | |
Memegang jawatan 2018 | |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Demit | |
Memegang jawatan 2013 | |
Didahului oleh | Muhamad Mustafa |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Dalam jawatan 6 Julai 2009 – 5 Julai 2012 | |
Digantikan oleh | Khairiah Mohamed |
Dalam jawatan 19 Julai 2006 – 18 Julai 2009 | |
Didahului oleh | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Anal, Tumpat, Kelantan | 30 Mac 1972
Parti politik | ![]() |
Pasangan | Haji Mohd Sukiman bin Yasin |
Anak-anak | Mohamad Ammar Mohamad Aiman Adnin Nuha Raihan Nuha |
Ibu | Hajah Siti Talhah Ismail |
Bapa | Ustaz Haji Md Nawi Haji Said |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
PendidikanSunting
Dalam Penilaian Sekolah Rendah mendapat 5A, SRP (6 agregat), SMU (9 agregat), SPM (6 agregat). Penerima Anugerah Hadiah Buku bagi pencapaian akademik cemerlang dan berbagai anugerah lain termasuk Pelajar Cemerlang Yayasan Islam Kelantan 1990.
KerjayaSunting
Mumtaz merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga berjaya memiliki firma guaman sendiri atas nama Mumtaz Nawi & Co. Pada 2007, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menjadi menyampaikan selempang 'Tokoh Beliawanis 2007' dan wang tunai RM2,000, jam khas dan sijil.
Beliau menjadi pakar rujuk Undang-undang RTM dan juga NGO serta panel pelbagai forum perdana termasuk Debat Perdana yang pernah disiarkan di RTM.
PolitikSunting
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ahli Dewan Negara (Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2007-sekarang).
Mumtaz mewakili ahli Parlimen Malaysia di BBC untuk International Video Confrerencing, New South Wales, South Africa dan Malaysia.
Sering diberi kepercayaan mengetuai delegasi Ahli Dewan Negara ke persidangan luar negara.
Bai'ah taat setia PASSunting
Beliau pernah menyatakan sokongan kepada amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti PAS yang melompat parti. Beliau menyatakan bahawa amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.[2]