Fahaman persekutuan

(Dilencongkan dari Federalisme)

Fahaman persekutuan ([Federalism] error: {{lang-xx}}: teg bahasa tidak diiktiraf: en (bantuan)) merupakan sebuah mod kerajaan campuran atau majmuk yang menggabungkan sebuah kerajaan umum (kerajaan pusat atau persekutuan) dengan kerajaan wilayah (negeri atau sub-unit kerajaan yang lain) dalam sebuah sistem politik. Ciri-ciri tersendirinya yang pertama kalinya wujud dalam Perlembagaan Amerika Syarikat tahun 1789, merupakan sebuah hubungan kesetaraan antara dua peringkat kerajaan yang ditubuhkan. Oleh itu, ia boleh ditakrifkan sebagai sebuah bentuk kerajaan yang kuasanya terbahagi antara dua peringkat kerajaan yang sama taraf.

Fahaman persekutuan adalah berbeza dengan fahaman konfederasi, yang peringkat umum kerajaannya adalah subordinat kepada peringkat wilayah dan penurunan kuasa dalam sebuah negara kesatuan, yang peringkat wilayah kerajaannya adalah subordinat kepada peringkat umum. Ia mewakili bentuk pusat dalam laluan persepaduan atau pemisahan wilayah, terbatas pada sisi yang kurang bersepadu oleh fahaman konfederasi dan pada sisi yang lebih bersepadu oleh penurunan kuasa dalam sebuah negara kesatuan.

Contoh sebuah persekutuan atau negara persekutuan termasuklah Amerika Syarikat, India, Brazil, Malaysia, Mexico, Rusia, Jerman, Kanada, Switzerland, Argentina, Nigeria dan Australia. Ada orang mencirikan Kesatuan Eropah sebagai contoh perintis fahaman persekutuan dalam persekitaran berbilang negara, dalam sebuah konsep yang disebut sebagai persekutuan negara.