Abdullah Ahmad

wartawan dan ahli politik Malaysia

Tan Sri Abdullah bin Ahmad (4 Julai 1933 – 12 Jun 2016) atau Dollah Kok Lanas merupakan ahli politik UMNO / Barisan Nasional dari Kok Lanas, Kelantan, Malaysia. Beliau dipanggil Abdullah Kok Lanas atau 'DKL' untuk membezakan beliau dengan Abdullah Ahmad Badawi. Ramai penulis beranggapan beliau sangat berpengaruh pada zaman Tun Abdul Razak dan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.


Abdullah Ahmad

PSM; SSAP (Pahang); SJMK (Kelantan); DGPN (PP); PNBS (Sarawak); DSAP (Pahang); DPMK, JMK (Kelantan); ADK (Sabah)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
1970–1974
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Machang, Kelantan
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehMohd Kassim @ Yahya Ahmad
Butiran peribadi
Lahir(1933-07-04)4 Julai 1933
Machang, Kelantan, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia12 Jun 2016(2016-06-12) (umur 82)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik UMNO
PasanganPuan Sri Fauzah Mohamad Darus
PekerjaanAhli akademik, politik, penulis

Keluarga sunting

Beliau lahir pada 4 Julai 1933 di Kampung Bandar, Kok Lanas , Kelantan. Isterinya Puan Sri Fauzah Mohamad Darus. Beliau mempunyai 3 anak dan 4 cucu. Pada 22 Februari 1969, Tun Abdul Razak memberi jamuan meraikan perkahwinan beliau di Dewan Banquasi Parlimen. Jamuan perkahwinan pertama dan terakhir dibenarkan berlangsung di Parlimen. [1] Kini mereka menetap di Ampang Hilir, Kuala Lumpur. Pada 12 Jun 2016 beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Pendidikan sunting

Belajar di Sekolah Melayu Kampung Bandar, Kok Lanas ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (Januari 1948-Disember 1954) sedarjah dengan Tun Hanif Omar dan mendapat pendidikan di Universiti Cambridge dan Universiti Harvard (1982-1985). Beliau pernah belajar peringkat PhD di Universiti Malaya (1990-an) tetapi tidak habis kerana dilantik sebagai Duta Khas ke PBB.


Beliau pernah menjadi pengerusi Syarikat Permodalan Kebangsaan (SPK) pada 1987, sebuah syarikat Bumiputera yang mulanya amat berjaya. Syarikat ini menjalankan perniagaan pengangkutan melalui SJ Kumpulan Sdn Bhd dan Nakufreight Sdn Bhd. SPK menjadi pemaju perumahan Bandar Manjalara di Kepong, Selangor.

Politik sunting

Semasa di Amerika, beliau mengunjungi Lyndon Baines Johnson, Naib Presiden Amerika Syarikat di Capitol Hill, Washington DC pada Mac 1962. Lyndon adalah satu-satunya Presiden Amerika yang melawat Malaysia, iaitu pada 30 Oktober 1966 semasa Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri.

Sekembali dari belajar di Amerika Syarikat ketika berusia 25 tahun, beliau dilantik menjadi ketua Bahagian UMNO Kok Lanas, Kelantan dan Pegawai Khas Tun Razak (1962). Kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri yang pertama di Jabatan Perdana Menteri (Ogos 1974-1976) setelah menang di parlimen Machang. Beliau merupakan bekas setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak sejak Oktober 1973. Abdullah bekerja dengan Tun Razak selama 14 tahun dari 1962 hingga 1976. Beliau menjadi ahli Parlimen Machang (1974-1978). Dalam pilihan raya umum 1986, Dr Mahathir meminta beliau bertanding di kerusi parlimen Kok Lanas, Kelantan dan menang (1986-1990).

Tahanan ISA sunting

Abdullah Ahmad pernah merengkok di penjara selama lima tahun di bawah ISA (Julai 1976- 22 Julai 1981) di zaman pentadbiran Tun Hussein Onn kerana dipercayai terbabit dengan anasir subversif - komunis. Menteri Dalam Negeri ketika itu ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau ditahan di bawah ISA bersama Kassim Ahmad (7 tahun), Syed Husin Ali (7 tahun) dan Abdullah Majid (4 tahun) dan Tan Sri Abdul Samad Ismail . Ketika itu terdapat 900 tahanan ISA yang terbabit dengan komunis. Beberapa pemimpin UMNO cuba menyelamatkan beliau dari ditahan di bawah ISA seperti Dr Mahathir Mohamad , Ghafar Baba,Musa Hitam,Abdul Rahman Ya'kub dan Syed Nasir Syed Ismail .[2] Pada Februari 1977 sepatutnya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid mengadakan sesi pengakuan di televisyen berhubung pembabitan mereka dengan komunis.[3]

Ramai yang dibebaskan ketika Dr Mahathir Mohamad mula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada Julai 1981. [4] Selepas dibebaskan dari tahanan politik, beliau menulis artikel dan buku termasuk yang 'menghentam balas' terhadap Ghazali Shafie. Ghazali Shafie atau 'King Ghaz' atau 'Ghulam' cukup tegas terhadap komunis dan berusaha menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ghazali Shafie dari golongan tua sementara DKL dari golongan muda.

Duta khas ke PBB sunting

Apabila beliau kalah dalam pilihan raya umum, Dr Mahathir Mohamad melantik Abdullah Ahmad menjadi duta khas ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selama 2 tahun. Di New York beliau menulis dua buah buku berkaitan dengan mentornya Tun Abdul Razak.

Jawatan terakhirnya adalah sebagai Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan Berita Harian (2002-2003). Pada November 2003 beliau dipecat dari jawatan itu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana mengkritik pemerintahan feudal di Arab Saudi. Tempat beliau diganti oleh Datuk Ahmad Abd Talib dan Kalimullah Masheerul Hassan . Beliau dipecat ketika Abdullah Ahmad berada di Hong Kong. [5] [6]

Isu wang PPRT sunting

Dato' Abdullah Ahmad pernah mendedahkan penyelewengan Wang PPRT Kelantan sejumlah RM47 juta yang melibatkan Dato Annuar Musa. Rencana tentang isu ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 11 November 2001 bertajuk 'Skandal PPRT Kelantan'. Masihkah fitnah?. Annuar Musa pula mendedahkan kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di tanah milik Dato' Abdullah Ahmad; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001)[7] Annuar Musa pernah menjadi ADUN Kok Lanas . Kemudian parlimen Kok Lanas ditukar nama kepada Ketereh.

Setia menyokong Dr Mahathir sunting

Ketika Abdullah menerajui Institut Kajian Politik dan Ekonomi (Ikape) dan menganjurkan ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad. Rakaman DVD kecaman Tun Dr Mahathir terhadap Abdullah Ahmad Badawi tersebar luas. Oleh kerana namanya sama dengan PM Abdullah Ahmad Badawi, maka beliau lebih gemar memanggil PM sebagai Badawi sahaja. Beliau berkhidmat dengan Abdullah Ahmad Badawi sebagai PM selama 21 hari sahaja. Sejak itu beliau banyak mengatur program menjemput Tun Dr Mahathir di pentas tertentu untuk memberi ceramah seperti pada 10 November 2005.

Pada 26 Julai 2006 beliau dan Ibrahim Ali menganjurkan syarahan Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu, Kelantan. Dr Mahathir dijemput oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan yang dipengerusikan oleh Dato Ibrahim Ali. Dikatakan Dato’ Nik Sapeia Nik Yusoff telah menyembur spray pemedih mata ke muka Tun Dr Mahathir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. [8] Perebutan menjadi penganjur antara Ibrahim Ali dengan Nik Sapiea menjadi punca mata Tun Dr Mahathir disembur dengan gas pemedih mata.[9]

Penulisan sunting

Wartawan The Sun, Malaysia menganggap Abdullah Ahmad mempunyai 9 nyawa kerana peranan dan tulisannya masih diperlukan dari era Tun Razak, Dr Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi. Beliau merupakan seorang yang cukup berstail dalam penulisan profail politik Malaysia semasa. Tulisannya pernah menimbulkan kerumitan hubungan diplomatik Malaysia-Arab Saudi. Beliau juga dilihat sebagai pengampu Tun Dr Mahathir Mohamad malah dianggap sebagai "budak jahat" oleh musuhnya. Beliau dianggap 'pengimbang' pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah di Malaysia khususnya di Kelantan. Perpecahan dan pergeseran pemimpin UMNO Kelantan menyebabkan kerajaan PAS dapat didirikan di Kelantan pada tahun 1990.

Ceramahnya yang bertajuk Ketuanan Melayu yang disampaikan di Singapura mencetuskan polemik yang berpanjangan pada tahun 1986.

Buku hasil tulisan beliau :

  • On the Record
  • The Dairy
  • Berani Tanpa Segan - Penerbit Grup Buku Karangkraf, 2012 (kompilasi rencana beliau di akhbar Sinar Harian 2009-2011)

Rujukan sunting

  1. ^ 'Berani Tanpa Segan' ; Abdullah Ahmad, hlm 116
  2. ^ "Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-04. Dicapai pada 2010-12-04.
  3. ^ [1]
  4. ^ Writing a Memoir is a painful pleasure
  5. ^ "Who Next ?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-29. Dicapai pada 2008-10-26.
  6. ^ "Saya bukan mastermind Dr Mahathir – Tan Sri Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-04. Dicapai pada 2008-10-26.
  7. ^ Mengenali UMNO dari Tulisan Abdullah Ahmad dan Annuar Musa
  8. ^ Dua Datuk rebut sambut Mahathir punca gas lada itam !
  9. ^ Wawancara Abdullah Ahmad: "Apa salah kalau saya atur program Mahathir?"