Buka menu utama

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (IATA: KBRICAO: WMKC) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Kota Bharu, Malaysia.

Sultan Ismail Petra Airport
لاڤڠن تربڠ سلطان اسماعيل ڤيترا
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
Sultan Ismail Petra Airport, IATA, KBR, ICAO, WMKC.jpg
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam
PengendaliMalaysia Airports Holdings Berhad
DestinasiKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Hab untukAirAsia, Firefly, Malindo Air
Ketinggian AMSL16 kaki / 5 m
Koordinat06°09′58″N 102°17′33″E / 6.16611°N 102.29250°E / 6.16611; 102.29250Koordinat: 06°09′58″N 102°17′33″E / 6.16611°N 102.29250°E / 6.16611; 102.29250
Peta
WMKC is located in Semenanjung Malaysia
WMKC
WMKC
Lokasi lapangan terbang di Pantai Timur Malaysia
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
10/28 2,400 7,874 Asfalt
Statistik (2017)
Penumpang1,988,212 ( 3.6%)
Pengangkutan kargo (tan)775 ( 0.7%)
Pergerakan pesawat30,433 ( 4.8%)
Sumber: laman sesawang rasmi[1]
AIP Malaysia[2]

Lapangan terbang ini mempunyai terminal baru yang siap dibina pada bulan September 2002. Terminal ini yang besarnya 12 000 meter persegi mempunyai tiga pemakir pesawat, tiga jejambat pesawat dan dapat menampung 1.4 juta penumpang setahun. Terminal ini dibina sebagai kemudahan pelancong-pelancong yang meningkat di negeri Kelantan.

Di dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menampung 635 397 penumpang dengan 11 194 gerakan pesawat. Pada tahun 2012, lapangan terbang ini meningkat kepada 1 259 205 penumpang dengan 50 991 gerakan pesawat. Lapangan terbang Sultan Ismail Petra merupakan lapangan terbang ke-5 tersibuk dalam semenanjung Malaysia selepas Kuala Lumpur, Penang, Langkawi, Johor Bahru dan lapangan terbang ke-8 tersibuk di Malaysia. Kerajaan Negeri telah bercadang untuk menaik taraf lapangan terbang ini ke antarabangsa dan menjadi gerbang pintu masuk utama udara bagi Negeri Kelantan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Pada Pengumuman Rancangan Malaysia ke-11, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib mengumumkan projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Lapangan Terbang Antarabangsa akan dilaksanakan tidak lama lagi, sejumlah duit RM 900 Juta akan dibuatkan untuk menaik taraf memanjangkan bangunan terminal dari 12,000m ke 34,457m akan dilaksanakan dan akan menambah 12 jejambat pesawat daripada 3 jejambat pesawat yang lama itu dari Lapangan Terbang Subang.

SejarahSunting

Lapangan terbang ini pernah menjadi landasan Tentera Udara Diraja British dan juga tempat pendaratan pertama orang Jepun di Malaya semasa pendudukan Jepun pada 1941

Penerbangan dan destinasiSunting

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu at Malaysia Airports Holdings Berhad
  2. ^ "AIP Supplement Malaysia" (PDF). Department of Civil Aviation Malaysia. 14 July 2011. Dicapai 25 January 2016.