Malaysia Airports

Malaysia Airports Holdings Berhad (MYX: 5014) merupakan syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia. Mereka juga diberi tugas menguruskan beberapa lapangan terbang di luar negara.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Awam
MYX: 5014
ISINMYL5014OO005
IndustriPengurusan lapangan terbang
Ditubuhkan1991 (1991)
Ibu pejabatLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, Selangor, Malaysia
Tokoh penting
Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (pemangku)
HasilRM 3,870 juta
RM 777.3 juta
RM 40.1 juta
Bilangan kakitangan
10,000
IndukKhazanah Nasional
Laman web rasmi
www.malaysiaairports.com.my

Am/PerihalSunting

Malaysia Airports Holdings Berhad (MYX: 5014) ialah syarikat lapangan terbang Malaysia yang menguruskan kebanyakan lapangan terbang di Malaysia. Firma itu baru-baru ini dianugerahkan kewajipan untuk menguruskan lapangan terbang di destinasi antarabangsa. Ia mempunyai ibu pejabat di Pejabat Korporat Malaysia Airports di Persiaran Korporat KLIA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.[1]

SejarahSunting

Malaysia Airport Berhad dikorporatkan pada tahun 1991 apabila Parlimen Malaysia meluluskan satu kertas kerja untuk mengasingkan Jabatan Penerbangan Awan (DCA) kepada dua entiti masing-masing mempunyai perspektif tugas yang berbeza. DCA masih berfungsi sebagai badan yang mengawal industri penerbangan dan lapangan terbang di Malaysia manakala entiti baru yang ditubuhkan, Malaysia Airports Berhad akan memberi lebih fokus kepada operasi, pengurusan dan penyelenggaraan lapangan-lapangan terbang. Pada bulan November 1992, badan ini telah diberi lesen untuk menjalankan tugasnya sebagai pengurus lapangan terbang.

Syarikat pemegangnya, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah dikorporatkan sebagai syarikat awam berhad pada bulan November 1999 dan telah disenaraikan dalam saham Papan Utama di Bursa Saham Kuala Lumpur dan menjadi syarikat pengurusan lapangan terbang yang pertama disenaraikan di Asia dan keenam di dunia.

Lapangan terbang utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. KLIA merupakan hasil strategi bermatlamat untuk memenuhi keperluan pesawat yang lebih besar dan permintaan trafik yang akan meningkat pada abad ke 21. KLIA telah merintis penggunaan teknologi pengurusan lapangan terbang serba canggih yang dikenali sebagai Total Airport Management Systems (TAMS). Teknologi ini diuruskan oleh Malaysia Airport (technologies) Sdn Bhd yang terdiri daripada lebih 40 sistem dan fungsi lapangan terbang termasuk kawalan trafic udara, pengendalian bagasi, daftar masuk penumpang dan papan pameran maklumat penerbangan.

MAHB menggunakan struktur korporat yang merangkumi 10 badan subsidi; Malaysia Airports Sdn Bhd, Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd, Malaysia Airports Management & Technical Services Sdn Bhd,Sepang International Circuit Sdn Bhd, Malaysia Airports (Technologies) Sdn Bhd, Malaysia Airports (Properties) Sdn Bhd, KL Airport Hotel Sdn Bhd, MAB Agriculture-Horticulture Sdn Bhd dan Asia Pacific Auction Centre Sdn Bhd. Antara syarikat-syarikat yang bersekutu adalah Urusan Teknologi Wawasan Sdn Bhd, Kuala Lumpur Aviation Fuelling System Sdn Bhd, dan Cambodia Airport Management Services Limited. Kumpulan ini mempunyai jumlah kakitangan lebih 5,000 orang dalam 39 pejabat di seluruh negara.

MAHB juga menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang untuk Lapangan Terbang Siem Reap dan Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh di Kemboja melalui kerjasama dengan Aéroports de Paris Management S.A.

Malaysia Airports mempunyai satu Pusat Latihan (MATC), terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pusat ini dibina untuk menampung keperluan latihan semua para pegawai Malaysia Airports. MATC juga pernah digunakan sebagai pusat program berorientasikan keselamatan yang dianjurkan oleg International Civil Aviation Organisation (ICAO). Selain itu, MATC juga menyediakan khidmat pakar dari segi sekuriti dan keselamatan industri penerbangan kepada kerajaan Malaysia dan syarikat-syarikat penerbangan. [2][3]

Senarai anak syarikatSunting

Logo Syarikat Nama Syarikat Tarikh
penubuhan
Operator/Perkhidmatan
KL Airport Hotel Sdn. Bhd. 16 Januari 1995 Memiliki dan Mengoperasikan Sama Sama Hotel LTA KL, yang merupakan hotel 5-bintang di KLIA
MAB Agriculture-Horticulture Sdn. Bhd. (MAAH) 1998 Mengusahakan dan mengurus ladang kelapa sawit, kelapa dan hasil pertanian lain di sekitar KLIA
Malaysia Airports Sdn. Bhd. pengendali semua lapangan terbang di Malaysia kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
MA Consultancy Services Sdn. Bhd. (MACS) 1994 Menawarkan perkhidmatan pengurusan, penyelenggaraan dan teknikal dalam operasi lapangan terbang, pembangunan dan perkhidmatan
MA Technologies Sdn Bhd.
Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. pengendali bebas cukai Eraman Bebas Cukai
MA Properties Sdn. Bhd.
Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd. (UTW)
Malaysia International Aerospace Centre Sdn. Bhd. (MIAC)

Peta Lokasi Lapangan Terbang MAHBSunting

Lapangan Terbang AntarabangsaSunting

 
 
BKI
 
KUL
 
KCH
 
LGK
 
PEN
lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa yang diurus oleh MAHB di   Malaysia.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
  Kedah Pekan Kuah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) [4]
  Pulau Pinang George Town Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) [5]
  Sabah Kota Kinabalu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) [6]
  Sarawak Kuching Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) [7]
  Selangor Kuala Lumpur Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) [8]

Lapangan Terbang DomestikSunting

 
 
AOR
 
BTU
 
IPH
 
KBR
 
TGG
 
KUA
 
LBU
 
LDU
 
LMN
 
MKZ
 
MYY
 
MZV
 
MKM
 
SDK
 
SBW
 
SZB
 
TWU
lokasi Lapangan Terbang Domestik yang diurus oleh MAHB di   Malaysia.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
  Kedah Alor Setar Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) [9]
  Kelantan Kota Bharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) [10]
  Labuan Bandar Victoria Lapangan Terbang Labuan (LBU) [11]
  Melaka Bandaraya Melaka Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (MKZ) [12]
  Pahang Kuantan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah (KUA) [13]
  Negeri Perak Ipoh Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (IPH) [14]
  Sabah Lahad Datu,
Sandakan,
Tawau
Lapangan Terbang Lahad Datu (LDU),
Lapangan Terbang Sandakan (SDK),
Lapangan Terbang Tawau (TWU) [15]
  Sarawak Bintulu,
Limbang,
Bandar Miri,
Mukah,
Mulu,
Sibu
Lapangan Terbang Bintulu (BTU),
Lapangan Terbang Limbang (LMN),
Lapangan Terbang Miri (MYY),
Lapangan Terbang Mukah Baharu (MKM),
Lapangan Terbang Mulu (MZV),
Lapangan Terbang Sibu (SBW) [16]
  Selangor Kuala Lumpur dan • Subang Jaya Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) [17]
  Terengganu Kuala Terengganu Lapangan Terbang Sultan Mahmud (TGG) [18]

Lapangan Terbang STOLportSunting

 
 
BKM
 
BBN
 
BLG
 
KPI
 
KUD
 
LWY
 
LKH
 
LBP
 
LGL
 
GSA
 
LSM
 
ODN
 
MUR
 
PKG
 
RDN
 
SMM
 
TOD
lokasi Lapangan Terbang STOLport yang diurus oleh MAHB di   Malaysia.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
  Pahang Pulau Tioman Lapangan Terbang Tioman (TOD) [19]
  Negeri Perak Pulau Pangkor Lapangan Terbang Pangkor (PKG) [20]
  Sabah Kudat,
Long Pasia,
Semporna
Lapangan Terbang Kudat (KUD),
Lapangan Terbang Long Pasia (GSA),
Lapangan Terbang Semporna (SMM) [21]
  Sarawak Ba'kelalan,
Bario,
Belaga,
Kapit,
Lawas,
Long Akah,
Long Banga,
Long Lellang,
Long Semado,
Long Seridan,
Marudi
Lapangan Terbang Bakelalan (BKM),
Lapangan Terbang Bario (BBN),
Lapangan Terbang Belaga (BLG),
Lapangan Terbang Kapit (KPI),
Lapangan Terbang Lawas (LWY),
Lapangan Terbang Long Akah (LKH),
Lapangan Terbang Long Banga (LBP),
Lapangan Terbang Long Lellang (LGL),
Lapangan Terbang Long Semado (LSM),
Lapangan Terbang Long Seridan (ODN),
Lapangan Terbang Marudi (MUR) [22]
  Terengganu Pulau Redang Lapangan Terbang Redang (RDN) [23]

Lapangan Terbang Luar NegaraSunting

 
 
SAW
lokasi Lapangan Terbang Luar Negara yang diurus oleh MAHB di   Turki.
Negeri/Wilayah Bandar Nama Lapangan Terbang
Wilayah Istanbul Istanbul Lapangan Terbang Sabiha Gökçen (SAW) [24]

Lapangan terbang yang diuruskanSunting

versi kiniSunting

Syarikat ini menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia [25]. Antaranya ialah:

  MalaysiaSunting

  KedahSunting

  KelantanSunting

  LabuanSunting

  MelakaSunting

  PahangSunting

  Negeri PerakSunting

  Pulau PinangSunting

  SabahSunting

  SarawakSunting

  SelangorSunting

  TerengganuSunting

versi bekasSunting

Selain dari Malaysia, syarikat ini juga menguruskan 4 lapangan terbang di luar negara[70] iaitu:

versi kiniSunting

Selain Malaysia, syarikat itu kini menguruskan satu lapangan terbang antarabangsa di luar Malaysia.[71]

  TurkiSunting

AnugerahSunting

  • Chartered Institute of Logistics and Transports Malaysia - Syarikat terbaik tahun 2007[73]

RujukanSunting

  1. ^ "Contact Info." Malaysia Airports. Retrieved 15 July 2019. "Malaysia Airports Holdings Berhad Malaysia Airports Corporate Office Persiaran Korporat KLIA 64000 KLIA, Sepang Selangor, MALAYSIA"
  2. ^ https://www.emis.com/php/company-profile/MY/Malaysia_Airports_Holdings_Berhad_en_1662120.html
  3. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-profile
  4. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  5. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  6. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  7. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  8. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  9. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  10. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  11. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  12. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  13. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  14. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  15. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  16. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  17. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  18. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  19. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  20. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  21. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  22. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  23. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  24. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  25. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  26. ^ "Sultan Abdul Halim Airport, RMAF Alor Setar (AOR), Alor Setar". Dicapai pada 13 April 2022.
  27. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  28. ^ "Langkawi International Airport (LGK), Langkawi". Dicapai pada 13 April 2022.
  29. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  30. ^ "Sultan Ismail Petra Airport, RAF Kota Bharu (KBR), Kota Bharu". Dicapai pada 13 April 2022.
  31. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  32. ^ "Labuan Airport, RMAF Labuan (LBU), Labuan". Dicapai pada 13 April 2022.
  33. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  34. ^ "Malacca International Airport (MKZ), Batu Berendam". Dicapai pada 13 April 2022.
  35. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  36. ^ "Sultan Haji Ahmad Shah Airport, RMAF Kuantan (KUA), Kuantan". Dicapai pada 13 April 2022.
  37. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  38. ^ "Tioman Airport (TOD), Tioman Island, Pulau Tioman". Dicapai pada 13 April 2022.
  39. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  40. ^ "Sultan Azlan Shah Airport (IPH), Ipoh". Dicapai pada 13 April 2022.
  41. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  42. ^ "Pangkor Airport (PKG), Pangkor Island, Pulau Pangkor". Dicapai pada 13 April 2022.
  43. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  44. ^ "Penang International Airport (PEN), Bayan Lepas, George Town". Dicapai pada 13 April 2022.
  45. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  46. ^ "Keningau Airport (KGU), Keningau". Dicapai pada 13 April 2022.
  47. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  48. ^ "Kota Kinabalu International Airport (BKI), Kota Kinabalu". Dicapai pada 13 April 2022.
  49. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  50. ^ "Lahad Datu Airport (LDU), Lahad Datu". Dicapai pada 13 April 2022.
  51. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  52. ^ "Sandakan Airport (SDK), Sandakan". Dicapai pada 13 April 2022.
  53. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  54. ^ "Tawau Airport (TWU), Tawau". Dicapai pada 13 April 2022.
  55. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  56. ^ "Bintulu Airport (BTU), Bintulu". Dicapai pada 13 April 2022.
  57. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  58. ^ "Kuching International Airport, RMAF Kuching (KCH), Kuching". Dicapai pada 13 April 2022.
  59. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  60. ^ "Limbang Airport (LMN), Limbang". Dicapai pada 13 April 2022.
  61. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  62. ^ "Miri Airport (MYY), Miri". Dicapai pada 13 April 2022.
  63. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  64. ^ "Sibu Airport (SBW), Sibu". Dicapai pada 13 April 2022.
  65. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  66. ^ "Kuala Lumpur International Airport (KUL), Kuala Lumpur, Sepang". Dicapai pada 13 April 2022.
  67. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  68. ^ "Sultan Mahmud Airport (TGG), Kuala Terengganu". Dicapai pada 13 April 2022.
  69. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  70. ^ Malaysia Airports eyes China contract
  71. ^ Malaysia Airports eyes China contract
  72. ^ https://www.malaysiaairports.com.my/about-us/corporate-profile/our-airports
  73. ^ Malaysia Airports wins Company of the Year Award

Lihat JugaSunting

Pautan luarSunting