Buka menu utama

Padawan

perbandaran di Sarawak, Malaysia

Padawan atau Kota Padawan ialah sebuah perbandaran di Sarawak, Malaysia. Ia terletak di luar bandar ibu negeri Kuching. Padawan mempunyai keluasan 984 kilometer persegi (380 batu persegi) dan penduduk seramai 273,485 orang (2010).[1][2] Pihak berkuasa tempatan atau kerajaan tempatan ialah Majlis Perbandaran Padawan.

Padawan

Kota Padawan
Padawan yang terletak di Malaysia Timur
Padawan
Padawan
Lokasi di Malaysia Timur
Padawan yang terletak di Malaysia
Padawan
Padawan
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 1°25′39″N 110°19′34″E / 1.427597°N 110.326150°E / 1.427597; 110.326150Koordinat: 1°25′39″N 110°19′34″E / 1.427597°N 110.326150°E / 1.427597; 110.326150
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianKuching
Daerah kecilPadawan
Kerajaan
 • BadanMajlis Perbandaran Padawan
Keluasan
 • Jumlah984 km2 (380 batu persegi)
Penduduk
(2010)[2]
 • Jumlah273,485
 • Kepadatan280/km2 (720/batu persegi)
Laman webmpp.sarawak.gov.my

NamaSunting

Padawan dipercayai berasal daripada gabungan nama 'Padja' dan 'Birawan'.[3] Mengikut cerita tempatan, Padja ialah anak lelaki kepada Kinyau iaitu seorang ketua dalam kaum Bidayuh dari kawasan yang dikenali sebagai Sibanyai suatu ketika dahulu, sementara Birawan ialah panggilan orang Bidayuh bagi manik-manik putih yang dijumpai oleh Kinyau di kawasan tersebut yang mana manik-manik tersebut dipercayai mempunyai kuasa ajaib untuk menyembuh sebarang jenis penyakit dan membawa kesejahteraan kepada penduduk di kawasan tersebut. Kawasan tersebut akhirnya dinamai oleh Kinyau sebagai Padawan sebagai memperingati anak lelakinya dan manik-manik tersebut.

PendudukSunting

Pada tahun 2010, penduduk dalam kawasan Majlis Perbandaran Padawan direkodkan seramai 273,485 orang.[2] Daripada jumlah tersebut, majoriti penduduk iaitu 62.7 peratus terdiri daripada Bumiputera, kemudian diikuti dengan bangsa Cina iaitu 36.4 peratus. Bangsa India dan lain-lain, masing-masing merangkumi 0.5 dan 0.4 peratus.

RujukanSunting

  1. ^ a b "Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Padawan". mpp.sarawak.gov.my. Dicapai 14 Februari 2019. 
  2. ^ a b c "Jadual 1: Ringkasan perangkaan penting bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). www.statistics.gov.my. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai 14 Februari 2019. 
  3. ^ "Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Padawan". mpp.sarawak.gov.my. Dicapai 14 Februari 2019. 

Pautan luarSunting