Daerah Belaga

(Dilencongkan daripada Belaga)

Belaga merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Kapit, wilayah Sarawak, Malaysia. Belaga merupakan daerah terbesar di Malaysia dengan keluasan hampir 20 ribu kilometer persegi. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pekan Belaga. Kebanyakan penduduk di daerah ini merupakan Orang Ulu.

Belaga
Map
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianKapit
Pusat pentadbiranPekan Belaga
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Kapit
Keluasan
 • Jumlah19,050 km2 (7,360 batu persegi)
Aras
2,040 m (6,690 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah22,502
 • Kepadatan1.2/km2 (3.1/batu persegi)

Pentadbiran

sunting

Daerah Belaga terletak di bawah pentadbiran Bahagian Kapit. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Kapit. Bagi urusan pentadbiran tanah pula terletak di bawah Pejabat Daerah Belaga.

Daerah Belaga juga mempunyai satu daerah kecil, iaitu Sungai Asap.

Politik

sunting

Daerah Belaga diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Belaga (N65) dan Murum (N66) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu Rajang (P216).

Geografi

sunting

Daerah Belaga terletak di timur wilayah Sarawak dan bersempadan dengan daerah Telang Usan dan Beluru di timur laut, daerah Sebauh di barat laut, daerah Tatau dan Kapit di barat dan daerah Bukit Mabong di selatan. Daerah ini juga bersempadan dengan Kalimantan Utara, Indonesia di timur.

Daerah Belaga dihampari oleh kawasan dataran tanah tinggi (kebanyakan melebihi 4,000 kaki dari paras laut) dan kawasan lembangan sungai. Titik tertinggi di daerah ini mencapai ketinggian 2,040 meter. Sungai-sungai utama yang terdapat di Daerah Belaga termasuklah Sungai Balui, Sungai Linau, Sungai Plieran dan Sungai Belaga. Daerah ini juga menempatkan empangan terbesar di Asia yang berada di luar China, iaitu Empangan Bakun.

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
198011,497—    
199122,284+93.8%
200022,896+2.7%
201035,247+53.9%
202022,502−36.2%
Sumber: [1]
Kumpulan etnik warganegara (2020)
Etnik Peratusan
Bumiputera lain
  
94.2%
Melayu
  
3.3%
Cina
  
1.8%
Lain-lain
  
0.7%
India
  
0.04%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Belaga ialah seramai 22,502 orang dengan kepadatan penduduk seorang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 6,808 isi rumah dengan 8,324 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Belaga merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka merupakan Orang Ulu. Penduduk berbangsa Melayu membentuk kelompok kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Cina. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 2,991 orang.[2][3]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 640
Bumiputera lain 18,385
Cina 350
India 8
Lain-lain 128
Bukan warganegara - 2,991
Jumlah 22,502
Agama di Belaga - Banci 2020
Agama Peratusan
Kristian
  
86.2%
Islam
  
10.2%
Tidak diketahui
  
2.9%
Buddha
  
0.6%
Tiada agama
  
0.07%
Lain-lain
  
0.04%
Hindu
  
0.02%

Di daerah Belaga, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 86 peratus diikuti agama Islam sebanyak 10 peratus. Sebanyak hampir tiga peratus penduduk tidak beragama atau tidak diketahui status agamanya. Penduduk beragama Buddha, Hindu dan lain-lain membentuk kumpulan minoriti yang mencatatkan kurang satu peratus.[5]

Bilangan penduduk mengikut agama (2020)
Agama Jumlah
Kristian 19,394
Islam 2,294
Tidak diketahui 657
Buddha 125
Tidak beragama 17
Lain-lain 10
Hindu 5
Jumlah 22,502

Kemudahan

sunting

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 14 buah sekolah yang beroperasi di daerah Belaga, dan lima balai polis.[2] Daerah ini mempunyai 11 sekolah rendah iaitu SK Batu Keling, SK Long Gang, SK Long Urun, SK Uma Sambop, SK Long Segaham, SK Abun Matu, SK Airport, SK Nanga Telawan, SK Lusong Laku, SK Tegulang dan SK Metalun. Daerah ini juga mempunyai dua sekolah menengah iaitu SMK Belaga dan SMK Bakun.

Pengangkutan

sunting

Rangkaian jalan raya di daerah Belaga tidak terlalu menyuruh, hanya menghubungkan Pekan Belaga dengan Pekan Sungai Asap. Di Pekan Belaga terdapat Terminal Bot Ekspres Belaga yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan melalui sungai dari Belaga ke Kapit. Daerah ini juga mempunyai satu lapangan terbang kecil, iaitu Lapangan Terbang Belaga.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.

Pautan luar

sunting