Bahagian Kapit

bahagian pentadbiran Sarawak

Bahagian Kapit yang terbentuk pada 2 April 1973, merupakan bahagian ketujuh daripada sebelas buah bahagian pentadbiran yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan bahagian pentadbiran yang terbesar di Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi.

Kapit
Logo rasmi Kapit
Lokasi Kapit
Lokasi Pejabat BahagianKapit
Kerajaan kawasan tempatan(s)Majlis Daerah Kapit (MDK), Majlis Daerah Song (MDS), Majlis Daerah Belaga (MDB)
Keluasan
 • Jumlah38,934 km2 (15,033 batu persegi)
Penduduk
 (2010[1])
 • Jumlah99,833
 • Kepadatan2.6/km2 (6.6/batu persegi)
ResidenNyurak Keti
Plat lesen prefixQP

Bancian yang telah dijalankan pada tahun 2010 mendapati bahagian ini mempunyai seramai 99,833 orang penduduk. Berdasarkan jumlah tersebut, pecahan populasi berdasarkan etnik penduduk adalah sebanyak 68.7% Iban, 19.1% Orang Ulu, 7% Cina, 3.4% Melayu, 1.3% Melanau, 0.3% Bidayuh, dan 0.1% etnik-etnik lain.

Bahagian Kapit terdiri daripada tiga buah daerah iaitu (Kapit, Song dan Belaga). Terdapat juga dua buah daerah kecil iaitu (Nanga Merit dan Sungai Asap).

86% daripada jumlah kawasan Kapit adalah merupakan hutan simpan. Ekonomi utama yang dijalankan di bahagian ini sebahagian besarnya adalah aktiviti-aktiviti yang berasaskan hutan, pertanian, penanaman sawit, padi, getah, pisang, dan lada hitam. Terdapat juga sumber asli seperti arang batu di sini. Empangan Bakun juga terletak di bahagian ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 24 January 2011.

Pautan luar sunting

Templat:Sarawak Corridor of Renewable Energy

Templat:Sarawak-geo-stub