Buka menu utama

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim (IATA: AORICAO: WMKA) ialah lapangan terbang yang beroperasi di Alor Star, bandar raya di Kedah, Malaysia. Lapangan terbang ini ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim
لاڤـڠـن تربڠ سلطان عبدول حاليم
Sultan Abdul Halim Airport
AOR Terminal.jpg
Rumusan
Jenis lapangan terbangAwam / Ketenteraan
PengendaliMalaysia Airports Holdings Berhad
DestinasiAlor Setar, Kedah, Malaysia
Ketinggian AMSL15 kaki / 5 m
Koordinat06°11′22″N 100°23′53″E / 6.18944°N 100.39806°E / 6.18944; 100.39806
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
04/22 2,745 9,005 Asfalt
Sumber: DAFIF[1][2]

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim terletak 13 km dari bandar, boleh menampung 800,000 penumpang. Terminal baru ini sedia beroperasi pada 5 Mei 2006. Lapangan Terbang ini berkeupayaan untuk menerima operasi pesawat Airbus A330,A320,B737 serta saiz pesawat seumpamanya . Landasannya dipanjangkan dari 1,963 meter panjang dan 45 meter lebar ke 2,745 meter panjang and 45 meter lebar. Pada 2005, lapangan terbang ini telah mangendalikan 323,669 penumpang bersama 3,267 pergerakan kapal terbang. Tahun 2011 peningkatan kepada 407,717 penumpang dan 19,261 kendalian pesawat. Bangunan terminal mempunyai dua tingkat dimana tingkat bawah untuk ruang Ketibaan dan tingkat atas untuk Perlepasan. Terdapat dua jejambat pesawat "aerobridge" iaitu Gate 1 dan Gate 2. Ianya hanya digunakan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pesawat B737 tetapi penerbangan tambang murah airasia pesawat A320 menggunakan tangga merah beroda buatan sendiri. Pengguna harus berhati-hati semasa menggunakan tangga ini terutamanya kanak-kanak,warga OKU dan warga tua.

Pengkalan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia juga terletak dan menggunakan landasan dan lapangan terbang yang sama.

Isi kandungan

Alamat :-Sunting

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim,
  • 06550 Alor Setar, Kedah,
  • MALAYSIA.
  • Tel: +604 714 2994
  • Fax: +604 714 5345

Pengangkutan sambungan daratSunting

AirAsia mempunyai van berulang dari lapangan terbang ke Hat Yai, Thailand.

- Teksi Lapangan Terbang serta teksi PERTEK Alor Setar.

- Perkhidmatan bas awam di SHABAB perdana

Penerbangan bersama destinasiSunting

Syarikat Penerbangan dan DestinasiSunting

PenerbanganDestinasi
AirAsia Kuala Lumpur
Firefly Kuala Lumpur-Subang
Malaysia Airlines Kuala Lumpur Jeddah Madinah
Malindo Air Kuala Lumpur-Subang

Pentadbiran di Lapangan TerbangSunting

Syarikat Penerbangan menguruskan daftar masuk dan bagasi penumpang serta kargoSunting
Kendalian Keselamatan Terminal , Bomba dan pasarana diuruskan oleh Malaysia Airports Sdn BerhadSunting
Kawalan Traffik Udara dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan AwamSunting
Maklumat Cuaca diuruskan Jabatan Meteorologi MalaysiaSunting
Statistik Operasi
Tahun Kendalian Penumpang Kendalian Pesawat Kendalian Kargo per tan Kendalian Kargo per Kg.
2003 353,778 18,318 17
2004 346,502 14,784 67
2005 323,669 17,632 118
2006 292,549 18,495 111
2007 291,006 20,277 55 54,921
2008 307,564 17,705 41 41,193
2009 421,314 24,031 34 33,592
2010 400,997 24,031 34 34,052
2011 407,717 19,261 46 46,391

Bekas pesawat dan laluanSunting

Pesawat yang masih dalam operasi sebagai laluan AntarabangsaSunting

Sriwijaya Air : Medan

Bekas pesawat bagi destinasi iniSunting

GaleriSunting

 
Gamber Satelit Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

RujukanSunting

  1. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKA di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  2. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai AOR di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.

Pautan luarSunting