Datuk Seri Kalimullah Hassan bin Masheerul Hassan atau 'Kalimullah Hassan' merupakan Pengerusi Eksekutif ECM-LIBRA Kuala Lumpur dan bekas wartawan dan penyunting akhbar New Straits Times.[1] Pada 2007, Tony Fernandes juga melantik Kalimullah sebagai Pengerusi AirAsia X.[2]

Kemudian menjadi wartawan kadet di akhbar Echo di Pulau Pinang pada 1979. Kemudian menyertai akhbar The Star pada 1980 dan mengetuai meja politik.Menyertai NST pada 1987.


Kalimullah merupakan tokoh wartawan yang kontroversi. Beliau dilantik sebagai pengerusi Ekowood pada 1 Jun 2002. Pada September 2002, beliau dilantik oleh Yang diPertuan Agong sebagai pengerusi Bernama.[3]

Pada 16 Disember 2008,Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk krepada beliau di Istana Negara.[4]

KontroversiSunting

Pada 19 Januari 2007, akhbar The New Straits Times berhubung blogger Jeff Ooi dan Ahiruddin Attan yang lantang bersuara. Wartawan Jeff Ooi pemilik blog Screenshot dan Ahiruddin Attan pemilik blog Rockybru. Mereka diarah oleh mahkamah agar memadamkan 13 item yang menyebut beberapa pemberita NST sebagai agen Singapura. Media Prima dikatakan milik UMNO dan Malaysia Resources Corporation Berhad. Media Prima memiliki New Straits Times, Berita Harian, Malay Mail,Harian Metro dan Shin Min Daily News. Media Prima juga mempunyai empat stesen TV terestrial iaitu .[5] Pada 13 Jun 2011, Jeff Ooi mengaku salah memfitnah pada 2007 dan memohon maaf kepada NSTP dan tiga pegawai kanannya iaitu bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun dan bekas Editor Kumpulan NSTP, Brenden Pereira.[6]


Pada 2008, Kalimullah dilantik menjadi penasihat NSTP oleh mantan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi . Abdullah telah melancarkan Monsoon Cup di Terengganu untuk menyaingi F1 di Sepang. Abdullah juga melancarkan Koridor Utara dan NCER yang menekankan projek pertanian.

Selepas kalah dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Kalimullah telah menulis rencana pengarang serentak di muka 1 Berita Harian dan NST menyalahkan kekalahan itu disebabkan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Hishamuddin Hussein menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.


Pada 19 Ogos 2011, Kalimullah Hassan dan wartawan Brendan Perera dituduh sebagai orang belakang portal berita The Malaysian Insider yang pro pembangkang.[7] Kalimullah segera menafikan tuduhan Jaringan Melayu Malaysia. Beliau hanyalah Pengarah Cekap E-Solutions sejak 21 Jun 2006, yang memegang 20% ​​daripada VPI International dan tidak terlibat membiayai Malaysian Insider.


Kalimullah dan Azman dikatakan mendesak agar Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim menutup mulut dalam isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd., (Sime Darby) dan Malaysia Airlines System Bhd., (MAS) dengan Air Asia. Kalimullah dan Azman menafikan tuduhan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berhubung perkara yang sama.[8]


Pada 3 Oktober 2011, Kalimullah menafikan tuduhan Ruslan Kassim - Perkasa bahawa beliau dan Datuk Mohamad Azman Yahya mengadakan makan malam bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Singapura pada 12 Ogos 2011.Majlis makan malam itu turut disertai oleh pemimpin PAP Singapura.Kalimullah dikatakan kerap kali mengatur perjumpaan antara pemimpin DAP dan PAP. [9][10]

Pada 23 Oktober 2011, Berita Minggu menyiarkan permohonan maaf kepada Kalimullah berhubung penyiaran artikel 2 Oktober 2011.Kalimullah merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah akhbar itu sehingga 2008.[11]

RujukanSunting