Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرومهن دان كراجأن تمڤتن) adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Zuraida Kamaruddin

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
كمنترين ڤرومهن دان كراجأن تمڤتن
Coat of arms of Malaysia.svg
Kerajaan Malaysia
KPKT Logo.jpeg
Logo KPKTM
Gambaran keseluruhan
Dibentuk9 Ogos 1955; 65 tahun yang lalu (1955-08-09)
JenisKerajaan
Ibu pejabatNo. 51, Persiaran Perdana, Precinct 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Kakitangan17,238 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 4,431,038,800 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha
Tapak webwww.kpkt.gov.my

SejarahSunting

Kementerian ini telah ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 dengan nama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Pada 18hb. Julai 1978, berikutan dengan penyusunan semula Kabinet, organisasi Kementerian telah diubah dan disusun semula dengan nama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penubuhan ini adalah hasil cantuman di antara Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampungan dengan Bahagian Kerajaan Tempatan yang sebelumnya terletak di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan.

VisiSunting

Untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

Jabatan/AgensiSunting

Ahli EksekutifSunting

Pilihan Raya Nama Kementerian No. Menteri Parlimen Parti Tempoh Perdana Menteri Kabinet
PRU Malaya 1 (1955-1959) Kementerian Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Bandar Malaysia 1. Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman Johor Bahru PERIKATAN-UMNO 1955-1957 Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Kabinet Pertama
portfolio dimansuhkan - - - - 1957-1959
PRU-1 (1957-1964) portfolio dimansuhkan - - - - 1959-1964 Kabinet Kedua
PRU-2 (1964-1969) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 2. Mendiang Khaw Kai Boh Ulu Selangor PERIKATAN-MCA 1964-1969 Kabinet Ketiga
PRU-3 (1969-1974) Portfolio dimansuhkan - - - - - Kabinet Keempat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 3. Mendiang Ong Kee Hui Bandar Kuching SUPP 1970-1973 Almarhum Tun Abdul Razak Hussein Kabinet Pertama

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting