Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2008

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara 2008 (Bahasa Inggeris:The Public Accounts Committee (PAC)) ialah Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia yang dipilih selepas mulanya parlimen ke-12 pada 2008. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato' Seri Azmi Khalid.

Peranan PAC sunting

  • Sebarang perakaunan badan pentadbiran kebangsaan dan persatuan-persatuan yang mengendalikan dana di Parlimen;
  • Kenyataan Perakaunan kebangsaan di Parlimen; dan

Jawatankuasa ini mempunyai kuasa untuk memanggil sesiapa sahaja yang dipanggil berkaitan Parlimen.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara sunting

Ahli-ahli jawatankuasa bagi penggal 2008 adalah seperti berikut:-

Isu-Isu Kontroversi sunting

Isu pembelian Eurocopter sunting

PAC telah mengadakan mesyuaratnya pada 29 dan 30 Oktober 2008, bagi mengkaji secara terperinci segala isu yang berkaitan dengan pembelian Eurocopter EC725 yang menggantikan helikopter Nuri.[1]Pada 29 Oktober 2008, penilaian awal yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati aspek teknikal pembelian helikopter Eurocopter EC725 dibuat secara profesional. Pada 3 November 2008, PAC mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar.

  1. ^ [1], "PAC adakan mesyuarat 29-30 Oktober bincang isu Eurocopter", Utusan Online, 23 Oktober 2008.