14 Julai
tarikh
<< | Julai | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | 31 | |||||
2023 |
14 Julai merupakan hari ke-195 (hari ke-196 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 170 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Bastille di Perancis (1789).
Peristiwa sunting
- 1223 – Louis VIII menjadi Raja Perancis.
- 1789 – Revolusi Perancis: Penduduk Paris menggempur Bastille (gambar) dan membebaskan banduannya.
- 1798 – Akta Hasutan menjadi undang-undang Amerika Syarikat, menjadikan menulis, menerbit, atau mengatakan pernyataan palsu atau berniat jahat terhadap pemerintah A.S. sebagai satu jenayah persekutuan.
- 1933 – Gleichschaltung: Semua parti politik di Jerman diharamkan kecuali Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional.
- 1958 – Raja Faisal II dari Iraq digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera oleh Abdul Karim Qassim.
- 1965 – Mariner 4 terbang melintasi Marikh, dan menangkap gambar jarak dekat (gambar) bagi sebuah planet selain Bumi buat pertama kali.
- 1969 - Konflik politik antara El Salvador dan Honduras meletus menjadi Perang Bola Sepak.
- 1995 - Format pengekodan audio digital MP3 diberi nama.
- 2003 - Pemerintah A.S. mengakui kewujudan Area 51, lapangan udara tentera rahsia di Nevada yang menjadi fokus pelbagai teori konspirasi dan UFO, mengesahkan yang Tentera Udara A.S. memiliki "lokasi operasi" di sana.
- 2009 - PAS berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai, Kelantan, Malaysia selepas pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Yaacob.
- 2011 - Skandal godam telefon News International berterusan dengan bekas editor Rebekah Brooks ditangkap.
Kelahiran sunting
- 1913 - Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat ke-38
Kematian sunting
- 1951 - Andrew Caldecott, seorang pentadbir kolonial British
- 2017 - Datuk Mohd Ali Hassan, seorang bekas ADUN Johor (1982-1999), bekas exco negeri Johor dan bekas Speaker DUN Johor.
- 2017 - Chuck Blazer, seorang bekas exco FIFA.