Manek Urai merupakan salah satu tempat yang terdapat di daerah Kuala Krai, Kelantan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Mengikut ceritanya, Manek Urai Baru ini merupakan kawasan pindahan banjir. Pada asalnya,sebelum dibuat penempatan, kawasan ini merupakan kawasan kebun getah. Tapi telah dibeli oleh pihak kerajaan untuk dibuat tempat perpindahan .

Cerita Banjir Besar sunting

KUALA KRAI: Tiada perkataan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di pekan Manek Urai, yang dilanda banjir besar baru-baru ini, kerana keadaannya sangat menyayat hati. Sebaik sahaja memasuki kawasan itu, kelihatan rumah-rumah, surau, balai raya, serta kedai runcit di Kampung Manek Urai Lama dan Kampung Manek Urai Baru, hampir semuanya ranap dilanda arus deras dan pokok-pokok sebesar tiga pemeluk, malahan kenderaan turut tersadai dan menindih antara satu sama lain. Foto yang diambil pada 26 Disember lalu menunjukkan keadaan di Kampung Manek Urai yang terjejas teruk akibat banjir. Di pekan itu juga tercatat kisah lebih 400 mangsa terperangkap di aras empat bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai Lama baru-baru ini, kerana banjir lumpur hampir mencecah di aras tempat mereka berlindung, dan arus deras serta cuaca tidak menentu menyukarkan lagi operasi menyelamat pihak berkuasa. Banjir itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan yang teruk kepada dua kampung itu, malah Balai Polis Manek Urai dan Stesen Kereta Api Manek Urai turut ditenggelami air pada hari kejadian, menyebabkan anggota polis dan petugas stesen terpaksa memanjat Bukit Kajang bagi menyelamatkan diri. Setiap penduduk yang ditemui, nyata mempunyai kisah tersendiri yang ingin dikongsi bersama, dan majoriti di antara mereka masih trauma dengan kejadian yang menakutkan itu. Bagi Azlan Shah Nik Hassan, 56, tiada apa yang tinggal melainkan hanya tapak rumahnya, memandangkan lokasi rumah beliau betul-betul di tebing Sungai Kelantan. "Hari itu, air mula melimpah dari Sungai Kelantan ke rumah saya dalam pukul 6.30 petang, menyebabkan saya dan keluarga terpaksa berlari menyelamatkan diri ke masjid yang kawasannya lebih tinggi. Dalam masa dua jam, rumah saya hanya tinggal separuh. "Sepanjang tempoh saya dan keluarga berlindung di masjid, dua kali saya cuba pulang ke rumah untuk melihat keadaannya...sekarang hanya tapak yang tinggal," katanya lagi, yang masih tidak tahu ke mana ingin dituju selepas ini. Difahamkan, ketinggian air bukan sahaja melebihi jambatan yang menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Kampung Manek Urai Baru, malah ia telah mencecah hampir separuh ketinggian tiang lampu di atas jambatan yang merentasi Sungai Kelantan itu. Bagi pekerja kilang papan Mohd Sharifuddin Ariffin, 34, kehilangan kediaman bukanlah satu perkara besar, sebaliknya apa yang merunsingkan beliau ialah isteri dan anaknya yang sedang berada di Pasir Mas, sehingga hari ini masih gagal dihubungi. Katanya, sebelum ini, sudah tujuh hari beliau tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Laloh kerana tidak boleh pulang ke rumahnya di Manek Urai dan juga tidak boleh pergi ke Pasir Mas kerana jajahan itu turut dinaiki air. "Masa hari kejadian, saya seorang sahaja di rumah (Manek Urai), isteri dan anak di kampung saya di Pasir Mas. Lepas banjir surut (kali pertama), saya hantar mereka balik ke sana. "Masa tu rumah tak jejas lagi, tetapi hujan sangat lebat, dan bila rumah saya dah naik air saya berkejar ke jambatan. Masa tu nampak kayu balak yang dibawa arus deras merempuh jambatan hingga menyebabkan ia bergegar. "Saya pulang ke rumah kembali untuk ambil surat beranak saya, isteri dan anak. Tetapi saya dimaklumkan jalan ke Pasir Mas sudah terputus menyebabkan saya terpaksa berlindung di SK Laloh," katanya. Namun, di sebalik kisah duka yang dikongsikan penduduk kampung, ada juga yang mahu berkongsi rasa kegembiraan. Bagi Faizul Yaakob, 40, tiada apa yang lebih menggembirakan hati beliau melainkan semua isteri dan sembilan orang anaknya bersatu kembali, selepas masing-masing terpisah antara satu sama lain sepanjang banjir melanda kampung itu. Katanya, hampir tiga minggu isteri dan anak ditinggalkan di rumah mentua beliau di sini kerana mempunyai tugas di Negeri Sembilan. "Saya ada di Negeri Sembilan sewaktu hari kejadian. Masa hari kedua banjir melanda kampung ini, saya langsung terputus hubungan dengan semua ahli keluarga saya menyebabkan saya buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. "Sebelum bersatu kembali semalam, isteri dan dua orang anak saya berlindung di Bukit Kajang, ada anak yang tinggal di masjid, dan selebihnya berlindung di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai," katanya yang bergegas pulang semalam apabila mendapat berita bahawa banjir di kampung itu sudah surut. Dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Manek Urai sekitar 20 kilometer, hampir semua rumah, kilang, ladang kelapa sawit dan bangunan kerajaan sepanjang laluan itu mempunyai kesan ditenggelami banjir yang berlarutan selama beberapa hari. - BERNAMA

Kemudahan sunting
  • Klinik Kesihatan Manek Urai
  • Masjid Mukim Manik Urai Lama dan Masjid Mukim Manik Urai Baru
  • SMK Manek Urai(SEMAKMUR)
  • SK Manek Urai Baru
  • SK Manek Urai Lama
  • Balai Polis
  • Stesen Keretapi
  • Free Style Production™

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.