Sayap pelajar

pertubuhan atau bahagian politik bagi penuntut pusat pengajian

Sayap pelajar merupakan sebuah kumpulan subsidiari, berautonomi atau juga terikat secara berasingan dengan sebuah organisasi yang lebih besar dalam mengumpulkan sokongan daripada pelajar atau mahasiswa. Sayap pelajar fokus kepada isu-isu khusus berkaitan pelajar terutamanya isu mahasiswa. Sayap pelajar mungkin juga menjadi tempat perbincangan bagi anggota dan penyokong dalam kalangan mahasiswa untuk membahaskan berkaitan ideologi dan dasar.

Perbezaan sunting

Dengan sayap belia sunting

Sayap pelajar berbeza dengan sayap belia, kerana sayap pelajar ditubuhkan tidak semestinya mesti muda secara umumnya

Dengan kumpulan politik sunting

Sayap pelajar kebiasaannya tidak dijadikan kelompok dalam parti politik, namun kebiasaannya sayap pelajar menjadi penghubung dasar dan ideologi parti yang menumpukan hal ehwal pelajar, berbanding mempunyai pendirian berasingan daripada parti politik.

Mengikut negara sunting

Malaysia sunting

Mahasiswa di Malaysia mula dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti politik luar kampus pada 2012 selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Bermula Disember 2018 pula, mahasiswa di Malaysia dibenarkan terlibat dalam aktiviti politik di dalam kampus[1]. Sejak itu, terdapat parti politik yang menubuhkan sayap pelajar masing-masing.

Mahasiswa Malaysia di luar negara pula tidak terikat dengan AUKU secara langsung. Ini membolehkan penglibatan mahasiswa dalam cawangan parti politik Malaysia yang ditubuhkan di luar negara. Antaranya ialah Kelab UMNO Luar Negara[2].

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Mohd Iskandar Ibrahim (10 Disember 2018). "Pinda AUKU lulus, mahasiswa bebas berpolitik". Harian Metro. Dicapai pada 31 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ Zanariah Abd Mutalib (7 Disember 2019). "40 Kelab UMNO Luar Negara tutup". Berita Harian. Dicapai pada 31 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)