Lukanisman Awang Sauni

YB Dato' Lukanisman bin Awang Sauni merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Bumiputera Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Ahli Parlimen Sibuti.

Yang Berhormat Dato'

Lukanisman bin Awang Sauni

PSBS (Sarawak)
Timbalan Menteri Kesihatan
Memegang jawatan
10 Disember 2022
RajaSultan Ibrahim (31 Januari 2024-kini)
Al-Sultan Abdullah (-31 Januari 2024)
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriDzulkefly Ahmad (Disember 2023-kini)
Zaliha Mustafa (Disember 2022-Disember 2023)
Didahului olehNoor Azmi Ghazali
Aaron Ago Dagang
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sibuti, Sarawak
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Ahmad Lai Bujang
Majoriti11,745 (PRU-15)
3,676 (PRU-14)
Butiran peribadi
Lahir (1982-02-01) 1 Februari 1982 (umur 42)
Kampung Dagang, Miri, Sarawak, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikPBB
Sekutu gabungan
politik lain
BN (-2018)
GPS (2018-)
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik

Beliau dilahirkan di Miri dan berketurunan kacukan Melanau dan Cina.[1] Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Malaya.[1] Beliau pernah bekerja di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sebelum menyertai politik.[1][2][3]

Beliau bertanding untuk kawasan parlimen Sibuti pada pilihan raya 2018, di mana beliau menewaskan 2 calon pembangkang iaitu Jemat Panjang dan Zulaihi Bakar, dengan majoriti 3,676 undi.[4] Sebagai Ahli Parlimen dari Sarawak, beliau gigih berusaha untuk menjadikan Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[1][2][3] Beliau juga seorang ahli Kaukus Belia Parlimen di Dewan Rakyat.[1][2]

Anugerah sunting

  •   Sarawak:
    •   Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) - Dato' (2024)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan lukanisman tidak disediakan
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan awang tidak disediakan
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sauni tidak disediakan
  4. ^ "BN berjaya pertahankan Parlimen Sibuti". 10 Mei 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.