Abang Johari Tun Openg
Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (lahir pada 4 Ogos 1950)[1][2] ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai premier Sarawak pertama dimana beliau juga merupakan Ketua Menteri Sarawak ke-6 dan semasa sejak 2017. Beliau juga ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Gedong sejak Disember 2021. Beliau juga pernah menjadi ADUN Satok selama sepuluh penggal dari 1981 hingga 2021.[3][4]
Abang Johari Tun Abang Openg PMN; DP, DA, PNBS, JBS (Sarawak); ADUN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
ابڠ حاج جوهري تون ابڠ حاج اوڤيڠ | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() Abang Johari pada 2022 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Premier Sarawak pertama | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Memegang jawatan 1 Mac 2022 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Timbalan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Yang di-Pertua Negeri | Abdul Taib Mahmud | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Didahului oleh | Jawatan baharu | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Butiran peribadi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg 4 Ogos 1950 Limbang, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kewarganegaraan | Malaysia | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Parti politik | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (1984—kini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sekutu gabungan politik lain | BN (1984-2018) GPS (2018-kini) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pasangan | Datin Patinggi Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Bujang | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Anak-anak | Abang Abdillah Izzarim Dayang Norjihan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bapa | Tun Abang Haji Openg Abang Sapiee | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saudara | Dayang Madinah Tun Abang Openg (adik) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hubungan | Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman Toh Puan Hajjah Rajemah (ibu bapa mertua; kedua-dua meninggal dunia) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kediaman | Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak, Jalan Demak Jaya, Kuching | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Alma mater | Universiti Brunnel, United Kingdom | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pekerjaan | Ahli politik | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Laman web rasmi | premier |
Beliau juga ialah pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dibentuk pada Jun 2018[5].
Latar belakang Sunting
Abang Johari dilahirkan di Limbang, Sarawak pada 4 Ogos 1950. Beliau merupakan anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg Abang Shapie dan Toh Puan Dayang Hajjah Masniah Abdul Rahman. Bapanya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama dari tahun 1963 hingga 1969.
Beliau berkahwin dengan Datin Patinggi Jumaani Tuanku Bujang dan dikurniakan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.[6]
Pendidikan Sunting
Abang Johari mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph[7], Kuching dan kemudian belajar di Universiti Brunnel, United Kingdom. Beliau mendapat Masters dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Brunnel, United Kingdom.
Kerjaya dan politik Sunting
Sebelum terbabit dalam arena politik, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) di Bahagian Perhubungan Korporat.
Beliau mula aktif dalam politik pada tahun 1977. Semasa menjadi Menteri Perindustrian dan Insfrastruktur Negeri, kadar pelaburan di Sarawak meningkat kepada lebih 10 bilion setahun. Anak bongsu kepada Tun Abang Haji Openg, atau Sri Abang, bukan sahaja dikagumi oleh kebanyakan masyarakat Melayu, malahan amat disenangi oleh para pelabur asing dan tempatan.
Selepas pilihan raya negeri yang ke-8 pada tahun 2001, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai Menteri Pelancongan Negeri sehingga rombakan kabinet negeri besar-besaran pada tahun 2004 yang memaksa beliau untuk bertukar ke portfolio Perumahan Sarawak. Tidak seperti ahli Dewan Undangan Negeri yang lain di Sarawak beliau amat gigih dalam mempertahankan nasib pengundi-pengundi beliau di N.6 Satok.
Pada Pilihan raya edisi kesembilan 2006, beliau yang mewakili Parti Pesaka Bumiputra Bersatu di atas tiket Barisan Nasional sekali lagi mempertahankan Kerusi N8 Satok dengan majoriti 2798 undi mengalahkan lawannya Mohamad Jolhi daripada Parti Keadilan Rakyat.
Abang Johari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Satok yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam politik, merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem, selain Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Dr James Jemut Masing.
Beliau kini menyandang jawatan Menteri Perumahan dan Urbanisasi, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).
Ketua Menteri Sarawak Sunting
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah sebulat suara untuk menyokong Abang Johari sebagai Ketua Menteri Sarawak keenam bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan Satem yang telah pulang ke rahmatullah pada 11 Januari 2017. Beliau mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana, Sarawak.
Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[8] Abang Johari diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak ketujuh.[9]
Rujukan Sunting
- ^ Official Website Office of the Chief Minister of Sarawak Biography
- ^ "Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg". Dewan Undangan Negeri Sarawak. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ "Abang Johari Ketua Menteri baharu Sarawak". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ "Abang Johari to be sworn in as Sarawak's sixth Chief Minister". New Straits Times. New Straits Times. Dicapai pada 13 January 2017.
- ^ "PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN, bentuk GPS". BHarian. Jun 12, 2018. Dicapai pada 16 Februari 2022.
- ^ "Biodata Ketua Menteri Sarawak Keenam". BH Online. Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2017.
- ^ http://www.bharian.com.my/node/234104
- ^ "GPS menang di DUN Mulu, kuasai 76 kerusi DUN". HMetro. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.
- ^ "Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak". BHarian. Disember 19, 2021. Dicapai pada Disember 20, 2021.